KENALI SAYA

Saya, Mohd Hairul Bin Ithnin, anak jati dari Segamat, Johor. Lebih dikenali sebagai Hairul Vcool; diambil sempena singkatan dari nama syarikat saya iaitu "Vcool Engineering & Services". Sebelum memulakan perniagaan, saya ialah seorang Tenaga Pengajar di Pusat GiatMara dalam bidang Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara. Sebelum dipelawa untuk berkhidmat dengan GiatMara Malaysia, saya hanyalah pelatih biasa yang mengikuti kursus tersebut di Pusat GiatMara Segamat. Kemahiran saya mula terserlah apabila saya dipilih untuk masuk ke "Pertandingan Kemahiran Malaysia ke -14 (Tahun 2004)"

Saya telah mendapat gelaran Juara dan dinobatkan gelaran “Anugerah Tangan Emas Malaysia” untuk keseluruhan bidang “Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara”.

Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, setelah 4 tahun berkhidmat bersama GiatMara, pada tahun 2008 saya telah mengambil keputusan untuk berhenti berkhidmat bersama GiatMara dan berpindah ke Johor Bahru untuk fokus dengan membuka perniagaan. 

Pada permulaan perniagaan, saya bukan hanya fokus pada membaikpulih mesin basuh dan peti sejuk sahaja, saya juga ada membuat perkhidmatan servis & baikpulih aircond dan wiring. Akan tetapi, saya ingin lebih fokus pada beberapa skop bidang sahaja. Jadi, saya telah membuat keputusan untuk fokus pada membaikpulih mesin basuh & peti sejuk sahaja.

Lebih 10 tahun saya berniaga dalam bidang ini, saya telah banyak mendengar keluhan daripada pelanggan tentang kesusahan mencari ‘technician’ dan kos ‘repair’ mesin basuh dan peti sejuk yang sangat tinggi. Pada suatu hari, saya telah dihubungi oleh seorang pelanggan yang tinggal jauh di pendalaman Sabah. Beliau memberitahu saya kesukaran beliau untuk mendapatkan technician yang berdekatan. Technician yang terdekat ialah lebih kurang 50km dari kediaman beliau. Akan tetapi, technician itu meminta RM100 untuk upah checking sahaja (tidak termasuk alat ganti dan upah kerja). Beliau tidak mampu untuk membayar technician tersebut kerana berkemungkinan kos repair akan menjadi lebih tinggi. Beliau meminta saya membuatkan satu panduan khas dalam bentuk video tutorial untuk mengenalpasti punca dan mencari kerosakan mesin basuh beliau. Jadi, panduan yang saya buat tersebut telah berjaya menyelesaikan masalah beliau dengan kos yang sangat rendah. Di situlah tercetusnya idea untuk saya membantu lebih ramai orang di luar sana.

 

MISI SAYA 

Disebabkan cerita di atas, saya telah mewujudkan satu program yang dipanggil “30 minit D.I.Y bersama Hairul Vcool”. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga saya tidak mampu untuk membimbing atau guide pertanyaan seorang demi seorang pelanggan disebabkan kekangan masa serta komitmen kerja yang perlu saya galas.

PANDUAN D.I.Y

Disebabkan masalah tersebut, saya tidak mahu pelanggan berasa kecewa disebabkan kelewatan saya dan team menjawab segala persoalan dan pertanyaan. Oleh demikian , saya dan team telah membuat banyak panduan D.I.Y dalam bentuk “e-book” untuk membantu orang ramai mendapatkan panduan repair mesin basuh dan peti sejuk dengan lebih mudah dan cepat.

* untuk mendapatkan e-Book, klik ikon “PANDUAN D.I.Y

ALAT GANTI

Untuk mempercepatkan dan memudahkan lagi proses membaikpulih mesin basuh dan peti sejuk, anda boleh terus membeli alat ganti daripada kami.

* untuk mengetahui kelebihan membeli alat ganti daripada kami, klik ikon “ALAT GANTI

KELAS

Memandangkan kualiti mesin basuh dan peti sejuk ‘sekarang’ kerap mengalami kerosakan berulang, saya cadangkan anda menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang ini dengan cara join kelas yang saya adakan untuk kebaikan jangka masa panjang anda.

*untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai kelas ini, klik ikon “KELAS

LOKASI PERNIAGAAN

BENGKEL

No,57 Jalan Putra 1, Taman Sri Putra 81200 Skudai Johor Bahru

07-5574898 

Waktu Operasi : 9.30am – 6.30pm ( Jumaat cuti)

KELAS

No,57-A Jalan Putra 1, Taman Sri Putra 81200 Skudai, Johor Bahru

07-5574898 

Waktu Operasi : 10.00am – 6.00pm (Sabtu & Ahad Sahaja)

USAHA SAYA

RUANG D.I.Y

Usaha pertama yang saya lakukan untuk membantu orang ramai menjimatkan kos untuk membaikpulih mesin basuh dan peti sejuk mereka ialah dengan mewujudkan satu ruang D.I.Y di bengkel saya, khas untuk penduduk di sekitar Johor Bahru. Konsep D.I.Y yang saya buat adalah ; anda bawa sendiri barang anda; anda buat sendiri (D.I.Y) dan saya akan guide anda. Anda cuma perlu bayar saya consultation fee sahaja (consultation fee yang murah!) Sangat-sangat berbaloi, bukan?

FREE TUTORIAL VIDEO ( YOUTUBE)

Bagi orang ramai yang ingin D.I.Y tetapi tinggal jauh atau luar dari Johor Bahru pastinya tidak dapat menggunakan kemudahan yang saya sediakan seperti di atas (Ruang D.I.Y di bengkel). Akan tetapi, jangan kecewa kerana saya telahpun mewujudkan satu platform untuk anda semua, iaitu Youtube Channel 'Hairul Vcool' untuk anda lihat dan belajar. Sebagai tanda sokongan anda kepada usaha saya membantu anda semua, Subscribe Youtube channel saya.

LIVE VIDEO TUTORIAL ( FACEBOOK)

Usaha ketiga yang saya mampu lakukan untuk memberikan galakan kepada orang ramai bagi menjimatkan kos repair, ialah dengan membuat video-video LIVE di Facebook page saya. Diharap segala usaha saya mampu mendapat sokongan dari anda dengan cara LIKE Facebook page saya bagi mendapatkan lebih info.

FREE APPS (GOOGLE PLAYSTORE)

Saya telahpun membuat satu aplikasi di Google Playstore iaitu Apps Hairul Vcool. Tujuan Aplikasi itu diwujudkan adalah bagi memudahkan anda mendapatkan video-video tutorial sebagai rujukan anda.

Diharapkan segala usaha saya untuk meneruskan program D.I.Y ini mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Sekiranya anda setuju dengan matlamat dan usaha yang saya lakukan, boleh LIKE page Facebook, SUBSCRIBE Youtube Channel, SHARE laman web dan DOWNLOAD Apps saya supaya lebih ramai orang tahu program yang sedang saya jalankan.