PROGRAM BAIKPULIH MESIN BASUH DAN PETI SEJUK

Hai dan Assalamualaikum, saya Hairul Vcool. Terima kasih kerana berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program yang saya anjurkan. Untuk pengetahuan anda, saya telahpun berjaya berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya ada bersama lebih 600 orang peserta secara online mahupun offline. Semua golongan tidak kira usia dan berlainan bangsa telah hadir ke kelas anjuran saya dengan harapan untuk mempelajari lebih mendalam ilmu bidang ini.

Bayangkan seorang peserta saya yang sudah berusia 68 tahun masih lagi sanggup datang jauh dari Pantai Timur semata-mata untuk menambahkan pengetahuan beliau dalam bidang ini. Maka tidak hairanlah bahawa ilmu ini sebenarnya adalah sangat meluas dan bermanfaat untuk dipelajari tidak kira usia dan jarak perjalanan sekalipun.

Di sini saya terangkan 2 jenis program yang sedang saya jalankan;

  1. Kelas VIP Offline; iaitu kelas bersemuka yang mana anda akan datang ke bengkel saya dan belajar secara terus dan berdepan bersama-sama saya.
  2. Facebook Group; iaitu Group Tertutup Facebook.

Sila klik ikon di bawah untuk penerangan setiap program yang saya sedang jalankan.

PENERANGAN DAN PENDAFTARAN KELAS

PENERANGAN DAN PENDAFTARAN FACEBOOK GROUP