FACEBOOK GROUP

Facebook group ini diwujudkan untuk golongan yang ingin belajar tapi tidak mempunyai bajet yang besar untuk menyertai kelas online dan kelas offline VIP (bersemuka). Dalam group ini, anda akan dapat belajar melalui perkongsian masalah yang diajukan oleh ahli-ahli group Facebook serta pengalaman yang mereka kongsikan. Terdapat lebih 500 orang ahli sedia ada di dalam facebook group ini; yang mana lebih dari separuh ahli-ahli telahpun mempunyai asas/pengalaman repair mesin basuh & peti sejuk. Konsep pembelajaran di dalam facebook group ini lebih kepada pemerhatian video perkongsian. Tiada modul disediakan. Hanya belajar dari video yang dikongsikan ahli-ahli group. Anda boleh mempraktikkan sendiri tips yang dikongsikan. Dan sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau persoalan yang berkaitan troubleshooting mesin basuh dan peti sejuk, anda juga boleh ‘post’kan & bertanya di dalam group Facebook, ahli group akan sama-sama membantu memberikan cadangan serta penyelesaian kepada masalah/persoalan anda.

Terdapat lebih 1,000 permasalahan sedia ada yang telah dikongsikan oleh saya dan ahli-ahli di dalam Facebook group dan melalui perkongsian-perkongsian tersebut, anda boleh belajar tentang asas mesin basuh dan peti sejuk yang di ‘post’ di dalam group tersebut.

Di sini saya tunjukkan beberapa contoh masalah yang telah dikongsikan oleh ahli di dalam facebook group Hairul Vcool dan dengan cara ini anda boleh belajar melalui perkongsian masalah tersebut.  

Group facebook Hairul Vcool

Terdapat lebih 500 orang ahli group yang berbayar di dalam group facebook Hairul Vcool

Contoh masalah 1

Zairil Azril berkongsikan masalah mesin basuh keluar code error e2-3 dan masalah beliau selesai dengan bantuan ahli group.

Contoh masalah 2

Azwan Zainal Wan bertanyakan masalah mesin basuh Electrolux bergegar teruk semasa spin. Di sini kita dapat pelajari banyak punca mesin basuh bergegar, yang mana ahli-ahli membantu menyelesaikan masalah beliau.

Contoh masalah 3

Sufian Sahat telah memohon bantuan ahli group untuk masalah mesin basuh LG keluar code error FE. Beliau telah mendapat cadangan dan pandangan daripada ahli group.

Contoh masalah 4

Mohd Syahril Mashuri bertanyakan masalah peti sejuk beliau yang beku di sebelah bawah dan ahli-ahli group membantu memberikan cadangan dan buah fikiran.

Begini lah cara anda dapat belajar secara online di dalam  facebook group. Yuran adalah sangat-sangat berpatutan. Tidak membebankan, malah ‘benefit’ yang anda akan perolehi adalah berbaloi dengan nilai yang anda bayar kerana anda bakal mempelajari banyak ilmu dan perkongsian daripada pengalaman ahli-ahli group Facebook.

Yuran adalah one-off iaitu RM 50 sahaja

* Percuma 150 video tutorial di dalam Facebook group.

* Tiada modul disediakan di dalam Facebook group ini.

* Tiada sesi pembelajaran secara langsung oleh Hairul Vcool di dalam group ini.

Untuk pendaftaran masuk ke Group Facebook , tekan ikon “FACEBOOK GROUP”

Video di bawah adalah salah seorang peserta yang menyertai facebook group, mari kita dengar apa kata mereka tentang facebook group hairulvcool.