Proses pembuatan getah pintu yang agak rumit dan pembekal getah pintu yang tidak banyak di Malaysia adalah faktor yang menyebabkan harga getah pintu menjadi mahal.
KENAPA SAYA BERKATA DEMIKIAN?
Kerana jangka hayat getah pintu peti sejuk kebiasannya akan rosak 8 tahun hingga 10 tahun sekali menyebabkan permintaan tidak terlalu tinggi di pasaran. Jadi, tidak ramai pengilang yang berminat dengan industri ini. Secara automatiknya, harga pun menjadi tinggi / mahal.
Tapi jika kita bandingkan harga dengan tempoh jangka hayat getah tersebut, ia sebenarnya sangat murah dan berbaloi, bukan?