KELAS VIP OFFLINE SUDAH PENUH

KAMI AKAN MAKLUMKAN SEMULA

KENAPA SAYA PANGGIL KELAS VIP?

Anda akan belajar dengan lebih dekat bersama saya. Setiap penyertaan adalah sangat terhad (kumpuan kecil) untuk memastikan semua peserta lebih fokus dan mendapat tumpuan sepenuhnya daripada saya. Kelas VIP akan diadakan di pusat latihan saya di Johor Bahru selama 2 hari berturut-turut; di mana modul yang akan diajar adalah lengkap dengan sistem asas mesin basuh dan peti sejuk.

Jika dahulunya saya membuat kelas bersemuka yang disertai lebih dari 25 orang peserta, kali ini saya membuat keputusan untuk mengecilkan jumlah peserta. Kelas ini saya buat bukan untuk mengaut keuntungan  semata-mata, akan tetapi lebih kepada perkongsian ilmu. Sebelum ini, sepanjang saya mengendalikan kelas bersemuka tersebut, saya nampak banyak kekurangan di dalam sesi pembelajaran memandangkan peserta yang datang adalah berbeza dari segi penerimaan input yang dipelajari. Ada peserta yang cepat belajar, tetapi tidak semua. Disebabkan saya khuatir ada peserta yang tercicir, saya telah membuat keputusan untuk menukar kelas tersebut menjadi kelas yang lebih tertumpu dan fokus. Dan cara yang paling berkesan adalah dengan menghadkan jumlah peserta untuk setiap sesi. Saya yakin dengan adanya kelas VIP ini, peserta-peserta terpilih ini akan lebih dekat dengan saya. Dan saya juga yakin, saya mampu memberikan bimbingan yang lengkap sepanjang kelas itu dijalankan. 

Selepas habis mengikuti kelas VIP ini, para peserta akan diberikan bimbingan selama 3 bulan dan dalam tempoh tersebut, sekiranya para peserta mempunyai masalah berkaitan mesin basuh dan peti sejuk, saya dan team akan membantu dari segi online support (facebook closed group) . Di dalam group tersebut, kami berikan semula modul-modul dalam bentuk video untuk rujukan selepas kelas dan link 300 video tutorial secara percuma. Yang bestnya, kesemua e-Book berbayar yang dijual di www.hairulvcool.com akan diberikan secara percuma kepada semua peserta (e-Book benilai lebih Rm300). 

0
Pernah Menyertai
0
Tahun Pengalaman
0
Jam Sesi Berlangsung

Apa kata mereka yang pernah hadir KELAS VIP

“Ingatkan sebelum ni video Youtube dah okay dah, rupanya banyak lagi sebenarnya yang Cikgu Hairul bagi pada para peserta”

-Mohd Rafaezon-

“Saya datang dari Langkawi, dan rasa berbaloi walaupun penat kerana apa yang saya nak semua terjawab”

-Noor Azril-

“Jom kita dengar apa kata tenaga pengajar di Institut Pendidikan Guru yang join kelas VIP ni”

-Mohd Ali-

Razif kata, “kalau tengok di Youtube / Facebook tak sama dengan datang kat sini. Kalau datang sini belajar secara live lagi mantap”

-Muhammad Razif-

“Kerana minat, saya hadir ke kelas VIP”

-Zulkifly-

Apa yang anda akan dapat selepas habis kelas VIP?

  • Anda akan dibimbing selama 3 bulan selepas kelas. Dimana, sekiranya anda mahu mengikuti praktikal, anda boleh terus datang ke bengkel saya dan menjalani praktikal (bagi mereka yang duduk di sekitar Johor Bahru). Tetapi untuk peserta yang luar kawasan Johor Bahru pula, saya akan bantu guide anda  melalui Applikasi WhatsApp. 
  • Selain itu, saya juga akan memberikan kesemua koleksi e-Book (mesin basuh) saya yang bernilai RM400 secara percuma. 

Jangan lepaskan peluang anda....

Tempat akan penuh bila-bila masa sahaja. Pastikan anda tidak terlepas peluang ini. TEMPAT ADALAH TERHAD.

Masalah Yang Sering Berlaku Kepada Technician Baru

FUNGSI KOMPONEN

Ramai technician baru menghadapi masalah tidak tahu fungsi setiap komponen yang ada pada peti sejuk dan mesin basuh; menyebabkan mereka akan menukar alat ganti yang tidak rosak. Saya akan kongsikan fungsi setiap komponen di dalam modul pembelajaran di dalam Kelas VIP.

PUNCA MASALAH

Masalah yang paling besar adalah apabila kita tidak dapat mengenalpasti punca sebenar kerosakan dan mengakibatkan barang yang direpair rosak semula selepas beberapa minggu. Ini kerana punca tidak diatasi terlebih dahulu. Di dalam kelas ini, saya akan kongsikan cara mengenalpasti punca bagi setiap kerosakan.

ALAT GANTI

Di dalam kelas ini, saya akan kongsikan cara untuk mengenalpasti alat ganti yang berkualiti/kurang kualiti sebagai pengetahuan tambahan kepada technician yang baru.

BUANG HARGA

Ramai technician baru tidak tahu untuk meletakkan harga (upah kerja) sehinggakan ada diantara mereka ‘membuang harga’ serendah yang mungkin. Akibatnya, secara tidak langsung ia akan merosakkan ‘market-price’ dan mereka sendiri tidak mendapat keuntungan yang setimpal dari kerja yang dilakukan. Modul tambahan yang saya akan saya ajar di dalan Kelas VIP ini adalah kadar harga standard yang perlu dicas untuk setiap kerja repair yang dibuat.

INI YANG BAKAL ANDA PELAJARI DALAM KELAS VIP HAIRUL VCOOL

Di dalam modul 1:
Anda akan pelajari cara menggunakan peralatan tangan asas secara online. Video tutorial akan diberi seminggu dari tarikh kelas berlangsung.

Di dalam modul 2:
Anda akan pelajari cara brazing atau welding asas secara online. Video tutorial akan diberi seminggu dari tarikh kelas berlangsung.

Di dalam modul 3:
30% teori dan 70% adalah praktikal. Anda akan berpeluang melakukan semua task di dalam modul.

Di dalam modul 4:
30% teori dan 70% adalah praktikal. Anda akan berpeluang melakukan semula pendawaian peti sejuk secara berkumpulan.

Di dalam modul 5:
30% teori dan 70% adalah praktikal. Anda akan berpeluang melakukan semula pendawaian mesin basuh secara berkumpulan.

Di dalam  modul 6:
Anda di kehendakki mencari punca masalah dan menyelesaikan masalah yang dijumpai.

SIAPA SAYA YANG BOLEH BANTU ANDA?

Saya, Mohd Hairul Bin Ithnin, anak jati Segamat, Johor. Lebih dikenali sebagai Hairul Vcool; diambil sempena singkatan dari nama syarikat saya iaitu “Vcool Engineering & Services”. Sebelum memulakan perniagaan, saya ialah seorang tenaga pengajar di Pusat GiatMara dalam bidang Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara. Sebelum dipelawa untuk berkhidmat dengan GiatMara Malaysia, saya hanyalah pelatih biasa yang mengikuti kursus tersebut di Pusat GiatMara Segamat. Kemahiran saya mula terserlah apabila saya dipilih untuk masuk ke “Pertandingan Kemahiran Malaysia ke -14 (Tahun 2004) dan saya telah mendapat gelaran Juara dan dinobatkan sebagai “Anugerah Tangan Emas Malaysia” untuk “Kursus Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara”.

Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, setelah 4 tahun berkhidmat bersama GiatMara, pada tahun 2008 saya telah mengambil keputusan untuk berhenti berkhidmat bersama GiatMara dan berpindah ke Johor Bahru untuk fokus membuka perniagaan. 

Berpengalaman lebih 11 tahun dalam bidang ini, rasanya sudah tiba masa untuk saya berkongsikan ilmu dan memandangkan adanya permintaan yang sangat menggalakkan dari orang ramai , saya telah mengambil keputusan untuk membuat kelas VIP sebagai medium untuk orang ramai belajar repair mesin basuh & peti sejuk.

"Setuju tak kalau saya katakan bahawa pelaburan yang tidak akan pernah rugi adalah ILMU, jadi tuntut lah ILMU walau sejauh mana pun"

-Hairul Vcool-

Dapatkan tempat anda sekarang!!!

Pastikan anda tidak terlepas peluang ini. TEMPAT ADALAH TERHAD.

Dimanakah Lokasi Kelas ini diadakan?

Lokasi : Johor Bahru

Tarikh : akan dimaklumkan semula

Masa : 10.00 pagi hingga 6.00 petang

Yuran : RM600

Kami akan maklumkan sekiranya sudah dapat tarikh yang sesuai.

Whatsapp kami untuk sebarang bantuan :

Atau boleh hubungi kami:

07-557 4898

Soalan Lazim

Boleh. Di dalam kelas ini anda akan diajar asas membaikpulih peti sejuk dan mesin basuh.

Harga tidak termasuk penginapan dan makan minum.

Jadual kelas akan diberi seminggu sebelum kelas berlangsung.

Tidak, semua peralatan disediakan oleh kami.

Dalam kelas 2 hari ni, saya ajar teknik asas baikpulih mesin basuh dan peti sejuk. Selepas itu, saya akan guide anda selama 3 bulan secara online.

Ya, ada disediakan.

Ya, ada sijil penyertaan.

Follow Kami:

Hak Cipta © Terpelihara 2019
VCOOL ENGINEERING & SERVICES (JM 0563557-W)
Email : vcoolengineeringservices@gmail.com
Website : www.hairulvcool.com
No. Tel. : 07-5574898
Office : No. 57, Jalan Putra 1, Taman Sri Putra, 81200 Skudai, Johor Bahru.