Berminat nak belajar “REPAIR” Mesin Basuh dan Peti Sejuk kan? Jom kenali saya dulu..!

Siapa Hairul Vcool?

Saya, Mohd Hairul Bin Ithnin, anak jati Segamat, Johor. Lebih dikenali sebagai Hairul Vcool; diambil sempena singkatan dari nama syarikat saya iaitu “Vcool Sdn Bhd”. Sebelum memulakan perniagaan, saya ialah seorang tenaga pengajar di Pusat GiatMara dalam bidang Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara. Sebelum dipelawa untuk berkhidmat dengan GiatMara Malaysia, saya hanyalah pelatih biasa yang mengikuti kursus tersebut di Pusat GiatMara Segamat. Kemahiran saya mula terserlah apabila saya dipilih untuk masuk ke “Pertandingan Kemahiran Malaysia ke -14 (Tahun 2004) dan saya telah mendapat gelaran Juara dan dinobatkan sebagai “Anugerah Tangan Emas Malaysia” untuk “Kursus Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara”.

Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, setelah 4 tahun berkhidmat bersama GiatMara, pada tahun 2008 saya telah mengambil keputusan untuk berhenti berkhidmat bersama GiatMara dan berpindah ke Johor Bahru untuk fokus membuka perniagaan. 

Berpengalaman lebih 12 tahun dalam bidang ini, rasanya sudah tiba masa untuk saya berkongsikan ilmu dan memandangkan adanya permintaan yang sangat menggalakkan dari orang ramai.

KELAS ONLINE

Dalam bentuk kelas offline (kelas bersemuka), saya telah berpengalaman mengendalikan lebih 50 sesi kelas dalam menyampaikan ilmu repair mesin basuh dan peti sejuk. So kali ini, saya ingin kongsikan ilmu repair peti sejuk dan mesin basuh secara Online pula. Jadi tiada alasan untuk anda tidak mahu belajar kerana jarak yang jauh bukan? 

Bagimanakan kaedah pembelajaran program ini?

Terdapat 3 jenis pilihan kelas iaitu; 
1. Kelas Online 
2. Kelas Vip
3. Kelas D.i.y

Kaedah pembelajaran serta modul-modul yang bakal anda pelajari, akan dijelaskan secara terperinci disetiap kategori kelas di bawah.