Tak yakin nak servis mesin basuh anda? Jom! Saya bantu anda. Warga JB dan sekitarnya akan rugi sekiranya melepaskan peluang ini.
Dengan sukacitanya saya ingin menjemput anda semua yang berminat untuk belajar servis mesin basuh datang ke program yang bakal saya anjurkan. Anda hanya perlu membawa sendiri mesin basuh anda sendiri dan anda akan belajar cara servis mesin basuh anda.
Servis Mesin Basuh ( Mesin Basuh Jenis Automatik Top Loading Sahaja)
*Tarikh Program: 18 Oktober 2020
*Masa : 10.00 Pagi – 5.00 Petang (secara berjadual sesuai dengan SOP yang ditetapkan kerajaan)
*Syarat Penyertaan : Bawa sendiri mesin basuh anda
*Yuran Penyertaan: RM50.00
*Terhad kepada 35 orang peserta sahaja*