Jom Servis
Mesin Basuh
 

Hai saya Hairul Vcool, Pakar DIY Mesin Basuh dan Peti Sejuk.

Saya pasti ramai yang masih belum mempunyai kesedaran tentang kepentingan servis mesin basuh.

Adakah anda tahu, di dalam mesin basuhlah terkumpulnya kotoran dan kuman/bakteria? Kuman yang ada di kain kotor anda sebenarnya masih lagi bersarang di dalam mesin basuh. Persekitaran yang lembap dan gelap akan menyebabkan bakteria dan kulat hidup lama di dalam mesin basuh. Pencemaran kuman inilah yang akan dipindahkan ke pakaian anda yang lain, yang mana menjadi punca badan anda gatal-gatal.

Jadi, sangat-sangatlah wajib bagi anda membersihkan mesin basuh anda sekurang-kurangnya 6 bulan sekali bagi memastikan mesin basuh anda sentiasa bersih dan bebas bakteria.

Tak yakin nak servis mesin basuh anda? Jom! Saya bantu anda. 

Jika anda mahukan saya datang servis mesin basuh tempat anda, sediakan tempat dan pastikan ada bekalan air dan elektrik yang mencukupi untuk program dijalankan. Minimum penyertaan untuk program ini adalah 10 orang. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi di nombor 0177924898.

*gambaran semasa hari kejadian “servis mesin basuh percuma”

PERCUMA

Dengan sukacitanya saya ingin menjemput anda semua yang berminat untuk belajar servis mesin basuh datang ke program yang bakal saya anjurkan. Anda hanya perlu membawa sendiri mesin basuh anda sendiri dan anda akan belajar cara servis mesin basuh anda.

Objektif Program 

  • Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan drum mesin basuh. 
  • Memberi peluang kepada orang ramai untuk belajar servis mesin basuh dengan cara yang betul. 
  • Dengan menyertai program ini, anda dapat menjimatkan kos servis mesin basuh sebanyak RM150. 

Untungkan? Ilmu dapat, mesin basuh pun bersih.  

Ditaja oleh: