APA ITU SKUAD VCPRO?

Skuad Vc-pro adalah satu program di mana saya (Hairul Vcool) dan team akan datang kerumah anda untuk membantu service mesin basuh dan penyaman udara secara percuma,program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada anda dan juga masyarakat di luar tentang  pentingnya menjaga kebersihan mesin basuh dan penyaman udara, mungkin selama ini kita terlepas pandang atau kurang arif tentang kekerapan untuk menyelengara mesin basuh dan penyaman udara dirumah kita.

Di dalam program SKUAD VC-PRO ini, SKUAD VC-PRO akan menunjukan kepada anda dan juga pada masyarakat luar secara video live cara-cara untuk menyelengara (service) mesin basuh dan penyaman udara dirumah anda,semua teknik yang bakal dikongsikan dijamin mudah difahami dan pastinya anda boleh melakukan semula. (D.I.Y) 

Untuk memudahkan lagi proses menyelengara mesin basuh dan penyaman udara di rumah anda,SKUAD VC-PRO akan mengunakan produk keluaran VC-PRO dan menunjukan cara-cara pengunakan yang betul.

Sekiranya anda berminat untuk menjemput SKUAD VC-PRO datang kerumah anda untuk melakukan penyelengaraan(servis) mesin basuh dan penyaman udara secara percuma,anda dikehendaki membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum anda membuat pendaftaran lihat dahulu terma dan syarat ditetapkan.

TERMA DAN SYARAT

Baca dengan jelas secara terperinci syarat-syarat yang ditetapkan.

  • Program ini hanya untuk kawasan JOHOR BAHRU meliputi kawasan Gelang patah,Pasir gudang dan Kulai sahaja.
  • Yuran pendaftaran RM10.00 sahaja .
  • Sepanjang program ini kami akan melalukan rakaman video secara live dan record.
  • Waktu dan tarikh akan ditetapkan oleh pihak Skuad Vc-pro mengikut jadual mereka.(Akan dihubungi selepas pendaftaran)
  • Mesin basuh dan penyaman udara anda mestilah tidak mengalami kerosakan.
  • Mesin basuh jenis top loading sahaja,front load tidak dibenarkan memohon.
  • Rumah jenis flat,apartmen dan condominium dan seangkatan tidak boleh memohon.
  • Pembatalan selepas pendaftaran wang tidak akan dikembalikan.

Klik butang dibawah untuk pendaftaran program.

PENDAFTARAN BAGI BULAN JANUARI 2021 PROGRAM SKUAD VC-PRO DITUTUP,SILA TUNGGU PENDAFTARAN BAGI BULAN FEBUARI 2021 DIBUKA KEMBALI.KAMI DARI SKUAD VC-PRO MEMOHON MAAF.