Assalamualaikum dan selamat sejahtera..apa itu V’Farm Village? Ramai nak tahu betul kan? V’Farm Village adalah training center Hairul Vcool yang baharu dan ia juga dijadikan private homestay untuk anda berehat dan beriadah.Terdapat 6 aktiviti yang dijalankan disini iaitu;

ACADEMY
V’Farm Village adalah tempat latihan terbaru kami. Pusat latihan baru ini dibina berhampiran Gunung Pulai Johor kerana, kapasiti di pusat latihan lama adalah terhad. Selain menyediakan tempat belajar yang luas dan selesa dan berkonsepkan dusun, kami juga menyediakan penginapan untuk pelajar yang datang dari jauh dari seluruh Malaysia dan pihak kami juga menyediakan makanan serta aktiviti riadah selama anda disini.Bagi yang membawa keluarga pula,anda boleh sewa homestay yang ada disini akan tetapi,ianya tidak termasuk pakej-pakej yang disediakan untuk yang datang belajar. Diharap konsep dan fasiliti yang disediakan ini dapat, membuatkan anda selesa dan mudah untuk belajar disini

MINI ZOO
Matlamat mini zoo di V’Farm bertujuan untuk generasi muda terutama anak2 mengenali dan bermain sambil memberi makan kepada haiwan2 dan ungas…Disini kami bawakan anda pelbagai jenis dan spesis haiwan ternakan seperti Arnab,burung-burung tempatan,ayam belanda,angsa,rusa,kambing dan bermacam-macam haiwan lagi.Apa yang lagi menarik adalah,kandang-kandang yang ada disini dibina sendiri secara D.I.Y oleh Hairul Vcool dimana boleh memberi inspirasi dan idea untuk anda membina kandang di tempat anda selain dari mengeratkan hubungan kekeluargaan.Jika anda menginap di V’farm,mini zoo adalah percuma untuk dilawati.

SPORT
Antara aktiviti sport disini yang kami sediakan antaranya menunggang Atv,hiking,paintball dan motorcross.Bagi peminat aktiviti lasak,V’Farm adalah tempat yang sesuai untuk
 anda beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.Untuk aktiviti menunggang Atv,kami akan guide anda tour Atv sekeliling kampung di area Gunung Pulai.Hiking?hah kami pasti ramai yang suka aktiviti ini.Hiking akan bermula dari V’farm hingga ke kaki bukit Gunung Pulai.Semestinya anda akan seronok dan suka dengan pemandangan dan udara yang segar ketika Hiking nanti.Untuk paintball dan motorcross,ianya masih dalam perancangan kami pada masa akan datang. 

NATURELAX
Bosan dengan suasana dan pemandangan bandar?nak release stress?jom ke V’farm!.. Anda pasti akan relax dan tenang ketika berehat di sini sambil menikmati suasana hutan,bunyi kicauan burung dan serangga,angin sepoi-sepoi bahasa.Kami menyediakan gazebo dan buaian untuk anda relax selain menyediakan homestay untuk anda menginap disini.Kami juga menyediakan tapak untuk anda camping disini.Kami pasti anda mesti suka pemandangan disini kerana Gunung Pulai hanya bersebelahan V’farm.

ACTIVITY
Diantara aktiviti riadah yang menarik di V’farm antaranya memancing,memanah dan memberi makan kepada haiwan ternakan disini…Jika anda kesini untuk berehat bersama keluarga,anda jangan lupa bawa joran sekali kerana,di V’farm kita ada kolam untuk memancing jadi,sementara anak-anak melawat mini zoo atau melakukan aktiviti lain,anda boleh lah memancing ikan di kolam kami.Kepada yang berminat untuk aktiviti memanah,kami juga menyediakan tempat memanah yang selesa dan selamat bagi anda yang ingin berlatih memanah.Selain itu,ada satu aktiviti yang bakal menarik minat anak anda iaitu,memberi makan kepada haiwan ternakan yang ada di mini zoo kami.

TROPICAL FRUIT
Yang ini kami pasti anda sangat suka kerana jika anda belajar atau datang menginap disini,buah-buahan seperti durian,pulasan,rambutan,cempedak,manggis dan bermacam jenis buah akan kami sajikan kepada anda secara percuma sahaja!..Tapi jika anda datang bukan pada musim buah-buahan maafkan kami ye.Buah-buahan disini memiliki gred yang baik dan pasti anda puas hati.

Follow Kami:

Hak Cipta © Terpelihara 2010
VCOOL SDN BHD (1399198-W)
Email : vcoolengineeringservices@gmail.com
Website : www.hairulvcool.com
No. Tel. : 07-5574898
Office : No. 57, Jalan Putra 1, Taman Sri Putra, 81200 Skudai, Johor Bahru.