HOMESTAY

Hye…di V’Farm,kami menyediakan homestay untuk anda yang mahu menginap disini sambil, menikmati suasana malam yang mendamaikan.Homestay ini masih dalam proses pembinaan.Target kami adalah menyediakan penginapan yang premium dengan harga yang murah.Niat kami adalah ingin anda merasa selesa dan mewah apabila menginap disini.Jom lihat beberapa gambar dalam proses pembinaan homestay di bawah;

Dengan konsep soul,kami menggunakan lampu yang warm untuk mendapatkan suasana yang tenang dan romantik.

Nohh..dari luar mcm kecil kan?tapi dalam dia besar dan selesa sebenarnya..

Tandas juga disediakan dalam homestay ini. Mewah bukan? Lengkap dengan water heater tau.

In Shaa Allah nanti bila kami buka untuk umum,boleh lah anda datang bercuti di sini ye.

MINI ZOO

Apa yang lagi menarik adalah,jika anda menginap disini,anda akan diberi tiket percuma untuk melawat mini zoo di V’Farm.

Mini zoo disini ada lebih daripada lapan sangkar termasuk la sangkar burung,ayam,arnab,angsa dan banyak lagi haiwan-haiwan yang akan diternak disini.

Sedikit info,untuk pengetahuan semua,sangkar untuk mini zoo disini adalah 100% idea dan juga hasil tangan Hairul Vcool yang dibuat secara DIY sahaja.

Arnab adalah antara haiwan pertama yang dibawa masuk ke mini zoo disini dan diekori oleh pelbagai jenis burung,ayam dan juga angsa.