BBQ

Barbeque? hah kepada sesiapa yang suka bbq bersama family tu,anda boleh lah bawa rakan-rakan atau family anda datang ke V’Farm Resort kerana tempat ini sangat sesuai dan suasana hutannya menambah lagi keseronokan.

Hairul Vcool bakar apa tu? kambing guys!!! ok untuk aktiviti bbq ni mungkin hanya akan dijalankan pada hujung minggu dan cuti umum sahaja.Kami mungkin akan buat pakej harga yang murah dan jangan terkejut tau sebab Hairul Vcool yang akan jadi chef untuk marinate semua makanan untuk dibakar nanti.Harga pakej Bbq yang kami sediakan adalah termasuk dengan makanan dan minuman serta tempat untuk bbq.

Signature dish di V’Farm Village adalah kambing bakar tau!.. Sekali cuba mesti nak lagi. Tengok gambar pun dah tak tahan kan?..

Port bbq disini ada banyak dan boleh menampung sehingga 10 keluarga dalam satu masa.Lawa tak meja diatas? Itu meja hasil tangan Hairul Vcool yang dibuat secara DIY je tau.

Untuk pengetahuan semua,port barbeque disini berbeza-beza..bukan sahaja tempat yang berbeza tapi design port bbq disetiap tempat di sini juga berbeza. Terdapat 10 port bbq disini tetapi, hanya 4 sahaja yang sudah siap.

Cantik tak gazebo ni? Ye Hairul Vcool juga yang buat sendiri tau sebab tu jarang-jarang dah buat live hihi..Berhadapan gazebo ini adalah mini zoo.Jadi,sedang ayah-ayah dan emak-emak bakar makanan tu,anak-anak boleh lah bermain di sekitar mini zoo.Ok cukup 4 port yang kami kongsikan, kalau anda nak lihat perkembangan terbaru, selalu lah melawat laman web Hairul Vcool ni. Kami akan senantiasa update perkembangan baru di V’Farm Village.