KURSUS MY TECHNICIAN
PADA 17 & 18 DISEMBER 2022

HANYA TINGGAL 13 KEKOSONGAN SAHAJA LAGI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kursus Rekrut My Technician akan dijalankan pada  17 & 18 Disember 2022 ini di pusat latihan saya V’Farm Resort selama 2 hari 1 malam. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada technician saya.

APA ITU MY TECHNICIAN?

My technician adalah satu kumpulan yang di latih oleh saya untuk mewakili saya membuat kerja-kerja membaikpulih mesin basuh dan peti sejuk di seluruh Malaysia. Disebabkan permintaaan yang banyak untuk repair mesin basuh dan peti sejuk, saya mencari individu-individu yang ingin di latih dan sekaligus menjadi sebahagian dari technician saya.

MACAM MANA NAK JADI TECHNICIAN HAIRUL VCOOL?

Untuk menjadi sebahagian dari team technician saya, pastikan anda telah mempunyai 50% basic (asas repair). Sekiranya anda tiada asas membaikpulih mesin basuh dan peti sejuk, sebaiknya anda join kelas VIP terlebih dahulu, kemudian barulah nama anda akan diserap menjadi technician saya. Anda juga di kehendaki mendaftar dan hadir ke V’Farm Resort untuk diberikan taklimat dan training yang saya sediakan terlebih dahulu. Tarikh training terkini adalah pada bulan disember 2022 .

TAKLIMAT DAN TRAINING WAJIB HADIR KE?

Ye, wajib hadir, sebab taklimat dan training ini adalah ujian dan syarat pertama untuk menjadi wakil technician saya. Kehadiran dan komitmen anda membuktikan anda seorang individu yang bertanggungjawab untuk menggalas tugas-tugas yang bakal anda hadapi selepas menjadi technician saya nanti.

APA YANG BAKAL ANDA TRAINING?

MODUL 1 : TEORI

PERALATAN TANGAN ASAS, Saya akan kongsikan cara-cara menggunakan peralatan tangan asas yang wajib seperti, multimeter,meter gauge,tube cutter, tube bender, flaring and swaging tools, map gas, semua special tools untuk mesin basuh dan peti sejuk.

MODUL 2 : TEORI

WELDING AND BRAZING, Saya akan kongsikan cantuman dan tampalan yang biasa digunakan dalam sistem penyejukan seperti, welding cooper ke cooper, cooper ke besi, cooper ke aluminium dan juga menggunakan heat seal stick.

MODUL 3 : PRAKTIKAL

KENALI KOMPONEN MESIN BASUH AUTO, Cara mengenali komponen mesin basuh auto yang selalu saya praktikan di dalam mana-mana kelas saya adalah, anda dikehendaki membuka (barai) semua komponen-komponen yang ada pada mesin basuh auto. Saya akan menerangkan semua komponen yang ada pada mesin basuh dan cara kenalpasti/menguji kerosakan komponen serta membuat pemasangan sehingga mesin basuh berfungsi semula.

MODUL 4 : TEORI & PRAKTIKAL

SISTEM PENYEJUKAN PETI SEJUK, Untuk memudahkan proses pembelajaran membaikpulih peti sejuk, anda akan diterangkan terlebih dahulu tentang sistem kitaran asas penyejukan. Saya juga akan membuat demo cara membuang gas, minyak kompressor, flushing (mencuci sistem), cara check kebocoran peti sejuk dan memasukkan gas dan minyak mengikut sukatan yang betul. Setelah saya membuat demo, Anda dikehendaki mengulang semula proses-proses yang telah dipelajari.

SISTEM PENDAWAIAN PETI SEJUK, Dalam sistem pendawaian, saya akan menerangkan bagaimana sistem kawalan pendawaian berfungsi pada peti sejuk. Seperti sistem defrost, sistem kitaran udara, sistem air buang dan sistem pencahayaan.

YURAN PENDAFTARAN

Yuran untuk menjadi wakil technician saya adalah sebanyak RM1000 (ONEOFF), yuran ini termasuk kos training, makan, minum, dan penginapan selama 2 hari 1 malam

YURAN BULANAN

Untuk melancarkan urusan program ini, yuran bulanan dikenakan kepada setiap technician yang berdaftar sebanyak RM100/ perbulan.  Bagi meringankan beban yuran bulanan anda, yuran dalam bentuk pukal iaitu 6 bulan (RM600) sebelum ini digantikan dengan cara bayaran pukal 3 bulan sekali. Bayaran RM300 untuk 3 bulan akan bermula pada bulan Januari 2023.

TERMA & SYARAT YURAN

Terma & syarat ini wajib anda patuhi untuk menjadi sebahagian dari team My Technician kami.

– Yuran bulanan sebanyak RM300 hendaklah dibayar setiap 3 bulan sekali.
– Kegagalan membayar yuran bulanan akan mengakibatkan nama anda dibekukan.
– Tunggakan yuran selama dua bulan berturut-turut akan mengakibatkan nama anda digugurkan dari senarai My Technician.

TERMA & SYARAT TECHNICIAN

 Nama anda akan dikeluarkan dari senarai technician sekiranya anda melanggar terma & syarat di bawah ;

– Penipuan (Scammer)
– Aduan melebihi 3 kali dalam tempoh 1 bulan berkaitan sikap & tidak bertanggungjawab terhadap kerja yang diberikan.
– Aduan berkaitan tidak menyelesaikan kerja berulang (repeat) melebihi dari 3 kali.
– Tidak berkomitmen atau mengambil sikap sambil lewa.

TRAINING BULANAN

Training bulanan akan diadakan di V’Farm selama 2 hari 1 malam secara percuma kepada setiap technician yang berdaftar bagi tujuan menambah lagi kemahiran dan kecekapan. Cuma, anda dikehendaki membayar kos penginapan, makan & minum sepanjang tempoh latihan. Maksimum untuk 30 orang technician sahaja dalam satu sesi. Tarikh akan diberitahu secara direct melalui whatsapp.

JADUAL

PENGINAPAN?

Untuk semua peserta yang menghadiri kursus, saya menyediakan dorm yang selesa sepanjang 2 hari program dijalankan secara percuma.  

Untuk anda yang inginkan privasi atau membawa keluarga, anda boleh menyewa di chalet yang saya sediakan. Cuma, untuk mendapatkan chalet, anda dikehendaki untuk booking terlebih dahulu kerana chalet saya adalah terhad.

TERMA DAN SYARAT CHALET
-Maksimum satu chalet hanya dibenarkan untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak berusia tidak melebihi 12 tahun sahaja
-Tidak dibenarkan memasak di dalam chalet
-Deposit tidak dipulangkan sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan kemudahan di dalam chalet 

*Untuk booking dan pertanyaan chalet, terus whatsapp admin ke no 01118844898.

MAKAN DAN MINUM?

Sepanjang kursus ejen selama 2 hari 1 malam, makan & minum ditanggung sepenuhnya oleh saya. Jadi anda tak perlu risau okay!

YURAN MY TECHNICIAN
RM1100.00 SAHAJA !!!

HANYA TINGGAL 30 SLOT KEKOSONGAN SAHAJA LAGI

Yuran My Techncian adalah sebanyak RM1100.00. Untuk booking slot, anda dikehendaki membayar deposit pendaftaran sebanyak RM600.00. Baki yuran hendaklah diselesaikan seminggu sebelum tarikh kelas berlangsung (admin akan whatsapp). Sebelum membuat pembayaran, sila rujuk terma dan syarat di bawah.

POLISI PEMBATALAN DAN TUNDA KELAS
– Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan kelas.
– Penukaran (tunda) tarikh kelas hendaklah diberitahu 3 minggu lebih awal dari tarikh kelas/kursus.
*LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN SEKIRANYA ANDA INGIN MEMBUAT PENUKARAN TARIKH KELAS.

FASILITI DI V'FARM RESORT

Semua fasiliti dan kemudahan boleh digunakan untuk anda dan keluarga yang hadir. Cuma ada beberapa fasiliti yang ada belum di buka untuk awam.

Untuk anda yang upgrade ke Chalet, Ini lah chalet rumah A yang ada di V’Farm Resort. Keluasan chalet ini boleh menampung 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak berusia 11 tahun ke bawah.

Surau juga tersedia di sini untuk anda mendirikan solat secara berjemaah.

Di sini juga ada mini zoo untuk anda lawati. Selain itu, ada juga tempat untuk anda santai dan relax seperti gazebo,buaian dan kerusi rehat yang saya sendiri buat secara DIY tau. Boleh lihat gambar di bawah ;

Untuk pengetahuan, Gazebo ini dibuat sepenuhnya oleh saya ketika perintah kawalan pergerakan tempoh hari tau..! Dahsyat bukan?

Betul-betul nature and relax, bukan? Tenang je berehat di buaian ni sambil menikmati udara yang segar.

Ini lah kerusi rehat yang saya maksudkan tu. Sesuai untuk anda santai sambil membaca buku dan bermain handphone.

Salah satu tarikan buat peserta yang hadir ke sini adalah kolam renang. Kolam renang ini belum mula beroperasi dan di jangkakan siap dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.

Kepada peminat aktiviti memancing, Di sini juga akan ada tempat untuk anda dan keluarga memancing tetapi kolam memancing ini juga belum siap sepenuhnya.

Antara aktiviti lasak yang ada di V’Farm Resort adalah menunggang ATV.

ANDA AMAT DI ALU-ALUKAN

Saya amat mengalu-alukan Technician di seluruh Malaysia untuk joinMy Technician ini kerana, anda sudah pun ada basic dan pengalaman servis mesin basuh. Akan tetapi, jika anda tiada basic pun tiada masalah, kerana saya akan ajar anda dari A-Z cara membaikpulih mesin basuh dan peti sejuk.

In Shaa Allah jika anda jujur dalam perniagaan,pasti yang baik-baik akan menyusul. Yang penting, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan kita. Jika anda berminat untuk menjadi technician Hairul Vcool, sila klik butang “Book Now” di bawah ;