Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada anda dan juga masyarakat di luar sana tentang pentingnya menjaga kebersihan mesin basuh dan penyaman udara, mungkin selama ini kita terlepas pandang atau kurang arif tentang kekerapan untuk menyelengara mesin basuh dan penyaman udara dirumah kita. Di dalam “KEMPEN HIDUP SIHAT” ini, SKUAD VC-PRO akan membantu anda dengan memberi info dan rujukan secara video live cara-cara untuk menyelengara (servis) mesin basuh dan penyaman udara yang kotor di rumah anda. Dengan itu secara tidak langsung anda akan dapat jimatkan kos anda dengan hanya D.I.Y sendiri je selepas ini.
Untuk memudahkan lagi proses menyelengara mesin basuh dan penyaman udara di rumah anda, SKUAD VC-PRO akan mengunakan produk keluaran VC-PRO dan menunjukan cara-cara pengunakan yang betul.