KELAS DIY
ADALAH KELAS ROADTOUR KE SELURUH MALAYSIA

AKAN DIUMUMKAN JIKA ADA ROADTOUR

APA ITU KELAS DIY?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kenapa saya panggil kelas ini KELAS DIY? ia kerana modul dan ilmu yang bakal anda pelajari sangat mudah faham dan anda boleh membaikpulih mesin basuh anda selepas ini secara DIY Je. Apa yang bestnya Kelas DIY ini,  anda dah tak perlu bersusah payah dan mengeluarkan kos yang besar untuk datang ke Pusat Latihan saya di Johor semata-mata untuk menuntut ilmu kerana, saya sendiri akan ke tempat anda untuk bersama-sama anda yang akan Belajar Repair dan Servis Mesin Basuh di KELAS DIY nanti.

Dalam KELAS DIY ini, saya akan kongsikan ilmu MESIN BASUH AUTOMATIK (SAHAJA) iaitu cara-cara membaikpulih mesin basuh automatik  serta cara servis mesin basuh yang betul & lengkap. Kelas ini akan berlangsung selama satu (1) HARI sahaja.

Saya sangat-sangat bersemangat untuk berjumpa dengan anda dan berharap KELAS DIY ini akan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari anda semua.

Di bawah, saya akan terangkan lebih terperinci tentang Kelas, Modul, Yuran dan Aktiviti yang kita akan buat nanti.

BUKU PANDUAN DIY

Maaf buku panduan DIY ini saya tidak dapat berikan percuma kepada anda tetapi kepada anda yang ingin membeli, saya berikan anda 50% diskaun.

APA YANG BAKAL ANDA PELAJARI

Di dalam Kelas DIY ini, Saya akan berkongsi ilmu KENALI KOMPONEN MESIN BASUH AUTO, SISTEM MESIN BASUH, PENDAWAIAN,KOD ERROR DAN CARA SERVIS MESIN BASUH. Di bawah, saya ada menerangkan lebih terperinci tentang modul-modul yang bakal anda pelajari nanti.

MODUL 1: KENALI KOMPONEN

Dalam modul 1 anda dikehendaki membuka (barai) semua komponen-komponen yang ada pada mesin basuh dan saya akan menerangkan nama komponen, fungsi dan cara check kerosakan setiap komponen yang ada pada mesin basuh.

MODUL 2 : SISTEM MESIN BASUH

Untuk menjadi technician mesin basuh yang mahir, Anda perlu memahami asas sistem mesin basuh yang ada di pasaran. Jadi, dalam modul 2 ini, saya akan menerangkan bagaimana mesin basuh itu berfungsi mengikut sistem setiap jenama.

MODUL 3 : SISTEM PENDAWAIAN

Setiap mesin basuh yang ada di pasaran semuanya mempunyai sistem pendawaian yang berbeza-beza. Jadinya, dalam modul 3 anda akan mempelajari sistem pendawaian mesin basuh auto dan juga saya akan kongsikan cara pemasangan pcb board universal.

MODUL 4 : KOD ERROR

Di modul yang ke 4 ini, saya akan kongsikan cara mengenalpasti kod error yang ada pada mesin basuh dan cara menyelesaikannya.

MODUL 5 : SERVIS MESIN BASUH

Tak lengkap rasanya apabila sudah pandai repair mesin basuh tetapi tidak tahu cara servis (maintain) mesin basuh dengan cara yang betul, Jadinya, saya akan kongsikan dalam modul 5 ini cara servis mesin basuh auto.

KENANGAN KELAS DIY DI SARAWAK

Seramai 41 peserta yang join Kelas DIY di Sarawak tempoh hari. Orang-orang Sarawak memang best dan peramah!

Kesemua peserta disediakan tools yang lengkap semasa Kelas DIY diadakan. Bayangkan saya terbangkan dari Johor ke Sarawak? hihihi. 

Peserta diminta membawa mesin basuh mereka sendiri kerana selepas mereka belajar, ianya akan memudahkan mereka membaikpulih mesin basuh mereka sendiri selepas ini.

Best kan belajar secara bersemuka? Anda boleh bertanya secara direct terus dengan saya tentang ilmu membaikpulih mesin basuh.

Saya sedang menerangkan cara servis mesin basuh dengan step yang betul. 

Terima kasih tak terhingga kepada pihak penganjur dan pengurus (Wak Amjah) Kelas DIY di Sarawak tempoh hari. Jika anda boleh menjadi pihak penganjur untuk uruskan Kelas DIY, In Shaa Allah saya dan team akan sampai ke Negeri anda. Whatsapp sahaja admin saya 01118844898 dan beritahu yang anda berminat untuk menjadi penganjur di Negeri anda.

JADUAL

YURAN

Untuk melancarkan dan menjayakan program ini, yuran akan dikenakan kepada semua peserta. Kerana saya juga mempunyai kos komitmen yang perlu di bayar untuk menjalankan program ini. Diharap, yuran kelas yang saya tetapkan ini ada win win situation.

YURAN KELAS SUPER SPECIAL

RM 450.00 SAHAJA !!!

TERHAD KEPADA 40 ORANG SAHAJA!!!

Jika anda berminat untuk belajar membaikpulih mesin basuh auto, Anda boleh tekan butang “DAFTAR SEKARANG” di bawah untuk booking.

TERMA & SYARAT

-Yuran KELAS DIY adalah sebanyak RM450.00. Wang tidak akan dikembalikan sekiranya anda tidak hadir atau membuat pembatalan kelas.
-Had umur adalah 16 tahun dan keatas
-Lelaki & perempuan dialu-alukan
-Berpakaian kemas & sopan
-Sihat tubuh badan
-Warganegara Malaysia sahaja

TARIKH & LOKASI

10 DISEMBER 2022 - GIATMARA SEREMBAN

Pada 10 Disember 2022 (Sabtu) Dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang, Semua aktiviti dan kelas akan berlangsung di GiatMara Seremban, Negeri Sembilan. 

SIJIL PENYERTAAN

Sijil penyertaan akan diberi kepada semua pelatih yang terlibat dan jangan lupa pastikan nama dan nombor IC anda sama seperti di dalam kad pengenalan.  In Shaa Allah sijil Hairul Vcool laku tau untuk mohon kerja!