PROGRAM BELAJAR SECARA ONLINE VERSION 2.0

BELAJAR BAIKPULIH MESIN BASUH DAN PETI SEJUK SECARA ONLINE?

Nampak pelik dan agak mustahil bukan? Tetapi tidak lagi mustahil di zaman teknologi tinggi pada masa kini. Sebagai contoh, pengeluar air-cond terkenal dunia telah memperkenalkan satu sistem terbaru iaitu “sistem mobile controller” di mana pengguna hanya menggunakan telefon bimbit. Hanya tekan satu butang sahaja di hujung jari anda dan anda boleh on/off atau mengawal air-cond di kediaman anda pada bila-bila masa sahaja tidak kira di manapun anda berada.

Begitu jugalah dengan konsep pembelajaran yang sedang saya jalankan sekarang. Saya akan memberikan modul-modul dan video-video tutorial secara online terus ke telefon bimbit anda, tidak kira di mana anda berada; dalam mahupun di luar negara. Dengan perkongsian modul serta tutorial yang saya berikan tersebut, anda boleh belajar dan mempraktikkan sendiri cara untuk mendalami sistem asas, serta troubleshoot berkaitan mesin basuh dan peti sejuk.

Cara program belajar secara online ini adalah anda tidak perlu hadir untuk belajar bersama di bengkel saya. Cuma, anda perlu membuat pendaftaran dan selepas selesai proses pendaftaran, kami akan memberikan anda modul-modul pembelajaran kepada anda melalui Email dan aplikasi WhatsApp dalam bentuk PDF (rujuk contoh modul). Tidak habis di situ sahaja, saya akan membimbing semua peserta yang join program saya di mana saya akan mewujudkan satu group tertutup Facebook dan group itu khas untuk peserta di sesi atau bulan tersebut sahaja. Semua peserta akan diberikan coaching dan bimbingan selama 3 bulan. Di dalam group Facebook tersebut nanti, anda boleh bertanya secara terus mengenai masalah atau troubleshoot berkaitan mesin basuh atau peti sejuk dan saya serta team akan guide dan juga membantu anda.

Salah satu matlamat utama saya untuk program ini ialah saya mahu lebih ramai pengguna di luar sana tahu mengenai sistem asas mesin basuh dan peti sejuk supaya mereka sendiri boleh mempraktikkan ilmu tersebut dan membantu keluarga. Ini sekaligus dapat menjimatkan kos anda sekiranya anda menghadapi masalah yang berkaitan. Anda perlu tahu hakikatnya, bukan kos alat ganti yang mahal, tetapi upah tenaga mahir atau kemahiran(skill) adalah penyebab kos total menjadi tinggi atau besar. Yang paling penting, ilmu yang anda perolehi kelak akan dapat digunakan sampai bila-bila. Jadi, tidaklah rugi untuk anda melaburkan sedikit duit poket anda dan ilmu yang anda bakal perolehi itu nanti pasti bermanfaat untuk anda serta orang disekeliling anda.

Selepas saya menambah ilmu dalam bidang Online bersama pakar Internet dan jutawan Online Malaysia saya telah menambaik kelas Online dari kelas online yang lama kepada kelas online version 2.0. 

Jadi apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk join program atau kelas online ini.

Yuran RM200 sahaja (bimbingan selama 3bulan)

Bonus kepada semua peserta kelas Online :

    • Koleksi 300 video tutorial baikpulih mesin basuh dan peti sejuk secara ekslusif untuk anda yang bernilai RM250
    • Percuma 10 koleksi e-Book Hairul Vcool yang bernilai RM250(boleh pilih e-Book)
    • Tips-tips mudah untuk mengenal pasti dan cek alat ganti di dalam group.
    • Modul-modul kelas online diberikan