JOM JADI TECHNICIAN SAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya berbesar hati ingin menjemput ex-student saya yang telah menghadiri Kelas VIP sebelum ini untuk menjadi sebahagian dari team Technician saya. 

APA ITU MY TECHNICIAN?

My technician adalah satu kumpulan yang di latih oleh saya untuk mewakili saya membuat kerja-kerja membaikpulih mesin basuh dan peti sejuk di seluruh Malaysia. Disebabkan permintaaan yang banyak untuk repair mesin basuh dan peti sejuk, saya mencari individu-individu yang ingin di latih dan sekaligus menjadi sebahagian dari technician saya.

TAKLIMAT DAN TRAINING WAJIB HADIR KE?

Ye, wajib hadir, kerana taklimat dan training ini adalah ujian dan syarat pertama untuk menjadi wakil technician saya. Kehadiran dan komitmen anda membuktikan anda seorang individu yang bertanggungjawab untuk menggalas tugas-tugas yang bakal anda hadapi selepas menjadi technician saya nanti.

BENEFIT

Benefit yang anda akan dapat adalah, training bulanan yang akan saya adakan di V’Farm selama 2 hari 1 malam secara percuma kepada setiap technician yang berdaftar bagi tujuan menambah lagi kemahiran dan kecekapan. Cuma, anda dikehendaki membayar kos penginapan, makan & minum sepanjang tempoh latihan. Maksimum untuk 30 orang technician sahaja dalam satu sesi. Tarikh akan diberitahu secara direct melalui whatsapp.