KELAS DIY DI SARAWAK

TERHAD KEPADA 40 ORANG SAHAJA
HANYA TINGGAL 2 KEKOSONGAN SAHAJA LAGI

MATLAMAT KELAS DIY?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum saya menerangkan apa yang bakal anda pelajari di dalam kelas DIY ini, suka untuk saya terangkan dahulu matlamat utama kelas ini diwujudkan.

Matlamat utama Kelas DIY ini diwujudkan untuk memastikan lebih ramai orang berkebolehan/kemahiran membaikpulih mesin basuh & peti sejuk mereka sendiri (DIY).

Kelas kali ini boleh dikatakan sangat special kerana saya dan team sendiri akan hadir ke tempat anda. Oleh itu, saya berharap kelas DIY ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga Borneo.

TARIKH KELAS DIY

15, 16 & 17 SEPTEMBER 2023

In Shaa Allah dalam tempoh 3 hari ini, saya akan memastikan semua peserta yang hadir mampu untuk membaikpulih (DIY) peti sejuk & mesin basuh mereka sendiri selepas ini.

TERHAD KEPADA 40 ORANG SAHAJA!!!

Untuk kelas kali ini saya hadkan kepada 40 orang sahaja. Oleh itu, rebutlah peluang keemasan ini. Pendaftaran akan ditutup bila-bila masa sahaja.

HANYA TINGGAL 2 KEKOSONGAN SAHAJA LAGI!!!

BERTEMPAT

Untuk pengetahuan, lokasi kali ini masih di tempat yang sama iaitu di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak di mana kelas DIY berlangsung pada tahun lepas. 

APA YANG BAKAL ANDA PELAJARI?

Terdapat 5 modul yang bakal anda pelajari dalam tempoh 3 hari di kelas DIY ini. 80% adalah praktikal manakala 20% adalah teori. In Shaa Allah mesti tidak membosankan.

MODUL 1 : TEORI

PERALATAN TANGAN ASAS, Saya akan kongsikan cara-cara menggunakan peralatan tangan asas yang wajib seperti, multimeter,meter gauge,tube cutter, tube bender, flaring and swaging tools, map gas, semua special tools untuk mesin basuh dan peti sejuk.

MODUL 2 : TEORI & PRAKTIKAL (KENALI KOMPONEN)

Konsep yang selalu saya terapkan dalam proses pembelajaran bersama saya adalah, saya akan meminta anda untuk membuka satu persatu (BARAI) kesemua komponen yang ada pada mesin basuh dan saya akan menerangkan nama komponen, fungsi komponen & cara check kerosakan komponen itu. Tidak lupa juga, saya akan kongsikan cara pemasangan pcb board universal sekaligus sistem pendawaian mesin basuh jenis auto.

MODUL 3 : TEORI & PRAKTIKAL WELDING & BRAZING

Sebelum anda membuat kerja-kerja welding dan brazing, saya akan terlebih dahulu kongsikan cara-cara welding dan brazing 3 jenis material pipe iaitu  cooper ke cooper, cooper ke besi dan cooper ke aluminium. Tidak lupa juga, cara menampal cooling coil yang bocor dengan menggunakan special rod iaitu heat seal stick.

MODUL 4 : TEORI & PRAKTIKAL

Untuk modul ke-4 sebelum anda membuat kerja-kerja seperti flushing, check kebocoran dan masukkan gas pada peti sejuk, saya akan membuat demo terlebih dahulu, kemudian barulah anda mengulangi proses tersebut supaya tidak melakukan kesilapan. 

MODUL 5 : TEORI & PRAKTIKAL

Di dalam modul ke – 5, saya akan menerangkan komponen yang kebiasaanya ada pada pendawaian peti sejuk seperti defrost timer, defrost heater, defrost sensor dan komponen yang melibatkan masalah sistem defrost dan pendawaian.

BOLEH PANDAI KE???

In Shaa Allah dengan berpandukan buku panduan DIY yang saya berikan secara percuma ini, dapatlah anda mengulangkaji semula sekiranya anda terlupa apa yang saya kongsikan sepanjang 3 hari nanti.

SIJIL PENYERTAAN

Sijil penyertaan akan diberi kepada semua pelatih yang tamat pembelajaran selama 3 hari dan In Shaa Allah sijil Hairul Vcool laku tau untuk mohon kerja!

YURAN KELAS

RM2000.00

Ini adalah nilai paling reasonable yang dapat kami letakkan untuk kelas kali ini. Kos untuk menjayakan kelas ini sangat tinggi kerana, saya terpaksa membawa tools dari Semenanjung & terpaksa membeli semua bahan latihan seperti peti sejuk & mesin basuh yang baru di Sarawak. 

BERITA BAIK!!!

ANSURAN MUDAH

Saya faham ada dari kalangan anda yang sukar untuk membayar dengan amaun penuh sekaligus. Jadi, saya memberikan kelonggaran untuk anda membayar secara ansuran mudah. Anda cuma perlu membayar deposit RM500 sahaja dan baki tunggakan hendaklah di bayar sebelum kelas bermula.

TERMA & SYARAT

Sebelum anda membuat pembayaran deposit, anda hendaklah membaca terlebih dahulu terma dan syarat yang telah ditetapkan.

– Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya membuat pembatalan
– Penginapan, makan dan minum sepanjang kelas tidak disediakan ( own expenses)
– Tiada pemulangan wang (yuran) sekiranya anda tidak hadir 

BERMINAT???

 Yuran KELAS DIY DI SARAWAK adalah sebanyak RM2000.00. Untuk booking slot, anda dikehendaki membayar deposit pendaftaran sebanyak  RM500.00.