Untuk pengetahuan anda, saya telah pun menyediakan lebih dari 300 video tutorial percuma di Youtube Channel saya “Hairul Vcool“, tetapi video-video tersebut tidak teratur dan terlalu panjang. Jadi saya telah membuat video pendek, ringkas dan mudah dipahami tetapi semua video ini adalah berbayar.
Maaf sangat-sangat saya tidak dapat menjawab kesemua soalan-soalan anda melalui panggilan atau whatsapp kerana saya mempunyai tanggungjawab lain yang perlu digalas tetapi saya masih nak bantu anda.
Bagaimana saya dapat bantu anda?
Saya akan membantu anda dengan beberapa Panduan DIY yang telah saya sediakan dalam bentuk penulisan, gambar dan video yang jelas untuk dipahami. Anda boleh merujuk Panduan DIY yang disediakan itu untuk menyelesaikan masalah anda.
Di sini terdapat 4 jenis Panduan DIY yang saya sediakan iaitu :