CARA KENALPASTI THERMOFUSE SENSOR ROSAK ATAU TIDAK

Dalam e-Book ini, saya telah senaraikan cara mengenalpasti Thermofuse Sensor Rosak Atau Tidak. Apa yang perlu anda lakukan adalah, anda hanya perlu ikut langkah-langkah di bawah untuk mengenalpasti masalah mesin basuh anda. InshaAllah panduan di bawah akan dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda.

Sebelum saya menunjukkan cara untuk mengenalpasti termofius rosak atau tidak, terlebih dahulu saya akan menerangkan apakah termofius dan fungsi termofius dalam sistem penyejukan peti sejuk.

Apa itu Thermofuse (termofius) ?

Termofius adalah satu komponen sama seperti fuse di plug top (kepala plug 13 amp), cuma perbezaannya fuse yang biasa dilihat akan terputus jika melebihi dari amp yang ditentukan pada fius tersebut. Termofius pula akan berfungsi (terputus) apabila suhu melebihi dari yang ditetapkan. Sebagai contoh, peti sejuk jenama Sharp menggunakan termofius saiz 71c jika suhu semasa desfrost (mencair) melebihi dari 71darjah celcius , secara automatiknya power supply akan terputus ke desfrost heater dan apabila power supply tidak sampai ke desfrost heater,  desfrost heater tidak akan berfungsi (panas).                                               

Bagaimana termofius berfungsi ?

Termofius berfungsi untuk mengelakkan peti sejuk terbakar disebabkan kepanasan heater melampau. Sebenarnya kepanasan heater dikawal oleh bimetal thermo (sensor) dan termofius pula sebagai safety kedua. Jika sensor tidak berfungsi dengan baik (rosak), maka barulah thermofuse ‘menjalankan tugasnya’.

Video ini akan membantu anda untuk menguji sama ada termofius  anda boleh berfungsi dengan baik.

Terdapat banyak jenis termofius yang berada di pasaran. Pada saya rupa bentuk termofius tidak begitu penting, yang penting adalah suhu yang tercatat pada termofius itu. Sebagai contoh, ada termofius yang menggunakan 65c sehingga ke 72c. Adalah penting sebelum anda menukar termofius, pastikan anda menukar mengikut spesifikasi yang asal bagi mengelakkan masalah lain nanti.

Beberapa jenis termofius yang ada di pasaran;

Diagram termofius

Melalui perkongsian diagram di atas,lihat dengan baca dengan teliti fungsi termofius. Contoh, bayangkan power supply life dan neutral 240V masuk terus ke glass heater. Apakah yang akan berlaku pada glass heater? Pasti glass heater akan berfungsi dan memanas. Bayangkan lagi, jika glass heater itu terus hidup (memanas) tanpa dikawal oleh sensor ST3 dan apa yang akan berlaku pada heater glass dan peti sejuk? Sudah tentu heater glass akan pecah (terbakar) atau peti sejuk anda akan terbakar disebabkan panas melampau. Disebabkan inilah termofius diwujudkan untuk memastikan suhu panas tidak melebihi dari tahap suhu yang ditetapkan.

Sekarang anda pasti telah jelas dan faham dengan fungsi termofius di dalam sistem penyejukan peti sejuk. Sebelum saya mengakhiri penerangan berkaitan termofius, ingin saya kongsikan 1 info/tips lagi, iaitu simptom2 kerosakan pada termofius. Simptom yang pertama berkemungkinan peti sejuk anda langsung tidak sejuk kerana power supply yang terputus semasa proses desfrost. Secara automatic, kompressor tidak dapat dihidupkan dan sistem frost tidak akan berlaku. Simptom kedua jika termofius rosak, anda akan mendapati peti sejuk anda akan mengalami masalah; atas sejuk tapi bahagian bawah kurang sejuk disebabkan sistem desfrost tidak dapat berfungsi dengan baik kerana termofius peti Sejuk telah terputus. Apa yang berlaku peti sejuk anda di bahagian cooling coil adalah; ia akan dipenuhi dengan ‘salji’ (ais) seperti contoh gambar di bawah.