Apa beza Defrost Timer Mahal vs Murah

Apa beza Defrost Timer Mahal vs Murah post thumbnail image

SPAREPART DEFROST TIMER MAHAL VS MURAH

Selalu orang compare kan sparepart mahal dengan sparepart yang murah. Sudah pastilah ada perbezaan dari segi kualiti.

Dalam entri kali ini, suka untuk saya kongsikan sedikit ilmu berkenaan defrost timer peti sejuk yang mahal vs murah (gred). Di pasaran ada lebih 3 jenis gred timer peti sejuk (TMDE706). Tapi untuk membuat perbandingan gred dan kualiti timer mahal vs timer murah, saya akan tunjukkan 2 gred timer sahaja seperti gambar di bawah :

 

Sekali imbas memang tidak ada nampak perbezaan kan? A atau B nampak exactly sama. lihat video penerangan di bawah yang saya pernah share kan di FB Page saya sebelum ini.

https://www.facebook.com/byHairulVcool/videos/373210193586717/

 

Kenapa timer yang murah itu murah?

Timer yang murah itu mempunyai gred & kualiti yang rendah/ tidak baik. Pakai seminggu ke 2 minggu, masalah pada peti sejuk akan say ‘Hi’ dan jadi balik.

Kenapa timer yang mahal itu mahal?

Timer yang mahal adalah gred serta kualiti yang paling baik dan bagus di pasaran. Macam saya sendiri pun technician juga, so saya memang pakai timer mahal (gred paling baik sahaja) untuk repair barang customer sebab saya taknak buang masa buat kerja repeat 2-3 kali dan semestinya kepercayaan daripada customer itu adalah penting untuk memastikan business kita sentiasa menjadi pilihan customer. Saya sendiri pun menjual alat ganti/sparepart tapi harga sedikit mahal dari harga di pasaran “shopping online” kerana kualiti dan gred yang paling baik sahaja boleh dipakai dan bertahan lama.

Selalunya technician yang berpengalaman boleh membezakan kualiti dan gred alat-alat ganti ni berbanding ‘newbie’ dan ‘end user’. Sebab itulah entry ni memang saya tulis khas untuk ‘newbie technician’ dan ‘end user’ supaya sedikit sebanyak boleh memberikan pengetahuan kepada anda/mereka.

Di harap entry ini bermanfaat kepada semua orang yang membaca dan boleh membuka minda semua orang supaya jangan terus ‘reject’ penjual yang menjual sparepart yang mahal. Sebaiknya selidik terlebih dahulu. Mahal atau murah pasti bersebab, bukan?

Jika anda ingin mendapatkan alat ganti mesin basuh dan peti sejuk yang terjamin kualitinya, and boleh dapatkan di laman web www.hairulvcool.com di bahagian alat ganti.

-Hairul Vcool-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post