JENAMA MESIN BASUH APA YANG PALING BAIK DI PASARAN?

JENAMA MESIN BASUH APA YANG PALING BAIK DI PASARAN? post thumbnail image

JENAMA MESIN BASUH APA YANG PALING BAIK DI PASARAN?

Hai, dan Assalamualaikum. Sebelum saya menceritakan mesin basuh jenama apa yang paling baik di pasaran, izinkan saya memperkenalkan  terlebih dahulu siapa saya. Saya lebih dikenali sebagai Hairul Vcool, seorang peniaga online dan juga offline. Saya menjual alat ganti mesin basuh dan peti Sejuk. Dan saya juga adalah seorang technician yang membaikpulih peti sejuk dan mesin basuh di sekitar Kawasan Johor Bahru. Jadi, layaklah rasanya untuk saya komen mesin basuh apa yang paling baik ada di pasaran sekarang. Soalan ini adalah soalan yang paling kerap saya terima sepanjang saya menjalankan program iaitu “30 Minit  DIY Bersama Hairul vcool’.

Sebelum saya bercerita lebih lanjut tentang jenama apa yang terbaik di pasaran, saya ceritakan secara ringkas mengenai program ini. Prgram percuma ini saya jalankan utk membantu org ramai membaikpulih peti Sejuk dan mesin basuh mereka secara DIY. Bagaimana saya boleh membantu orang ramai? Saya menyediakan video tutoral cara membaikpulih peti sejuk dan mesin basuh secara percuma di laman web saya iaitu, hairulvcool.com. Ini adalah soalan yang paling banyak saya terima daripada pelanggan-pelanggan saya. Mereka kerap bertanya, “Hairul, pada pendapat kamu, jenama apa yang paling bagus di pasaran sekarang?” So, saya jadikan soalan ini sebagai topik pertama di dalam blog saya.

Sebelum saya menyenaraikan jenama apa yang paling baik di pasaran Malaysia, suka untuk saya kongsikan pendapat saya terlebih dahulu. Sebenarnya, tiada satu pun jenama yang sempurna atau perfect dan paing tahan lama di pasaran ketika ini. Kenapa saya berkata demikian? Disebabkan terlalu banyak jenama-jenama murah (buatan China) yang masuk di pasaran Malaysia membuatkan jenama besar seperti Panasonic, LG, Sharp, Samsung, Toshiba etc terpaksa menurunkan harga bagi menarik hati pelanggan. Oleh kerana mentaliti rakyat Malaysia yang suka dengan harga yang murah, maka jenama-jenama besar ini terpaksa mengikut standard harga pasaran. Kesan dari itu, sudah pastilah mereka terpaksa menurunkan kualiti barang untuk memaintainkan margin keuntungan mereka. Setuju atau tidak, zaman mak bapak kita dulu yang mana membeli mesin basuh jenama Sharp atau Toshiba, barang tu boleh tahan lama sehingga berbelas tahun, malahan ada yang tahan lama sehingga lebih 20 tahun. Akan tetapi, jenama yang sama kini hanya mampu bertahan sehingga habis tempoh warranty sahaja. Nampak tak perbezaan kualiti dulu dan sekarang? Apa yang saya boleh rumuskan adalah, tidak ada satupun jenama yang saya boleh recommendkan paling baik di pasaran malaysia. Semua kualiti mesin basuh sekarang lebih kurang sama je. Kilang pun pandai jugak, kalau mesin basuh tu boleh tahan sampai 20tahun, tak laku lah sparepart dan model baru yang kilang keluarkan. Saya pun takde lah job hahaha…..

Di sini saya sediakan satu carta perbandingan kelebihan dan kekurangan antara Top 5 jenama mesin basuh yang mana range harganya tak jauh beza. Saya harap perkongsian saya ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan jenama mesin basuh apa yang terbaik di pasaran.

JENAMA KELEBIHAN KELEMAHAN RATING
Panasonic Lambat rosak, body solid dan lambat reput Harga agak mahal, Design Biasa- biasa, Sparepart mahal 4 star
LG Design cantik, bunyi senyap, body solid Sparepart mahal, agak susah direpair 3 star

 

Samsung Design cantik, Sparepart murah, Harga mesin murah, Senang direpair, Sparepart mudah didapati Mesin cepat rosak, bunyi agak bising semasa wash dan spin 3 ½ star
Toshiba Harga mesin murah, Senang direpair, Sparepart mudah didapati Sparepart mahal, sparepart cepat discontinued 3 star
Sharp Harga mesin murah Sparepart mahal, mesin cepat rosak, sparepart susah didapati 2 star

Carta di atas hanyalah pendapat saya semata-mata, berdasarkan dari pengalaman saya sendiri. Dan kesimpulan yang saya boleh buat secara keseluruhan, saya tidak dapat mencadangkan jenama apa yang terbaik di pasaran disebabkan semua jenama mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Terpulang kepada anda untuk membuat pilihan jenama mesin basuh yang bakal anda pilih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post

Norma BaharuNorma Baharu

“NORMA BAHARU”- Amalan Gaya Hidup Masa Kini  Istilah “Norma Baharu” ini banyak digunakan ketika kini kita sedang manghadapi pandemik COVID-19. Ia merupakan satu tindakan atau tingkah laku yang baharu atau