Norma Baharu

Norma Baharu post thumbnail image

“NORMA BAHARU”- Amalan Gaya Hidup Masa Kini 

Istilah “Norma Baharu” ini banyak digunakan ketika kini kita sedang manghadapi pandemik COVID-19. Ia merupakan satu tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard disebabkan oleh sesuatu perkara, seperti pandemik penyakit dalam usaha mengadaptasi keadaan baharu. Istilah yang lain yang berkaitan dengan norma baharu juga adalah peraturan baharu yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit.

Umum ketahui seluruh dunia kini sedang berdepan dengan pandemik COVID-19. Sehingga kini masih belum ada vaksin khusus untuk merawat penyakit berjangkit ini. Kaedah yang paling efektif sementara waktu ini hanyalah dengan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian setiap individu seperti berikut:

  1. Penjarakan sosial, sekurang-kurangnya 1 meter
  2. Memakai pelitup mulut dan hidung
  3. Kerap mencuci tangan
  4. Elak bersalaman atau bersentuhan dengan individu lain
  5. Elak berada dan berkumpul dikawasan sesak dengan orang ramai
  6. Amalkan etika batuk dan bersin yang betul

Norma baharu ini mungkin pada mulanya agak sukar, selesa dan janggal untuk dipraktikkan, tetapi demi untuk kelangsungan hidup dan kesihatan diri dan orang disekeliling kita, mahu atau tidak amalan tersebut terpaksa jua dipraktikkan.

“DO NOT GIVE UP! THE BEGINNING IS ALWAYS THE HARDEST”

Norma baharu ini juga bukan sahaja diamalkan bagi setiap isi rumah, malah apabila kita berada ditempat kerja juga etika baharu juga diterapkan seperti berikut:

  1. Saringan suhu badan pekerja dan pelanggan. Jika pekerja bergejala, tidak perlu hadir ke tempat kerja dan dapatkan bantuan kesihatan secepat mungkin
  2. Pemakaian pelitup mulut dan hidung. Dalam industri tertentu pemakain PPE diperlukan.
  3. Tidak bersalaman atau bersentuhan dengan rakan sekerja dan pelanggan
  4. Kerap mencuci tangan dan jaga kebersihan di tempat kerja
  5. Penjarakan sosial
  6. Rekod pelawat/ pelangan yang berurusan di premis perniagaan
  7. Pelanggan tidak digalakkan berkumpul dalam jumlah yang ramai atau bersesak di premis perniagaan
  8. Pekerja perlu elak untuk berkongsi barang peribadi,makanan dan minuman denga rakan sekerja
  9. Bertanggung jawab atas kesihatan sendiri dan orang sekeliling
  10. Selepas waku kerja , lebih baik terus pulang ke rumah, elak kerap keluar rumah dan kurangkan aktiviti sosial selepas waktu kerja.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peperangan memerangi pandemik ini, belum berakhir. Kesilapan dan kealpaan kita akan membuka risiko lebih besar untuk dijangkiti.Malah orang tersayang disekeliling kita juga akan turut sama menerima tempiasnya.

Banyak cabaran & kekangan yang dihadapi semasa menagamalkan norma baharu ini. Namun kita tiada pilihan kerana buat masa kini ia adalah kaedah yang efektif bagi mengawal penularan wabak ini.

Ingat! ia bukan kaedah untuk merawat, tetapi hanya untuk mengawal dari jangkitan sahaja.Wabak ini masih belum ada penawarnya.

STAY POSITIVE! Pandemik ini bukan saja menguji cabaran dari segi penjagaan kesihatan , malan ia juga mencabar keupayan mental individu semasa proses mengekang penularan wabak. Pandemik ini banyak memberi impak terhadap kesejahteraan hidup seseorang, malah ada juga individu yang kehilangan sumber pendapatan akibat wabak ini. Ia secara tidak langsung memberi kesan sampingan seperti masalah kemurungan dan masalah kesihatan mental yang lain.

kredit image:Hari Anggara摄-

Bagi kami, Vcool Engineering & Services, wabak ini turut memberi kesan kepada sumber pendapatan syarikat yang tidak menentu, tetapi kami cuba sedaya upaya untuk tidak tenggelam dalam kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada masa kini. Perniagaan perlu diteruskan untuk kelangsungan hidup. Yang penting kami cuba untuk menggunakan strategi perniagaan yang baru dan releven pada ketika ini.

ONLINE MARKETING

Strategi perniagaan secara online ini sudah mula  berkembang beberapa tahu  kebelakangan ini, semasa proses Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan beberapa bulan lepas, perniagaan atas talian mendapat sambutan yang luar biasa. Akibat pergerakan rakyat Malaysia yang sangat terhad ketika itu, kebanyakan individu memilih untuk mendapatkan makanan, barang keperluan, serta barang tertentu melalui online. Barangan tersebtu hanya perlu diposkan atau dihantar secara Cash on Delivery (COD) terus kerumah.

Kami juga mengambil kesempatan yang sama dengan memperkasakan perniagaan atas talian kami. Anda cuma perlu layari laman web kami http://www.hairulvcool.com. Anda boleh membeli dan membuat bayaran atas talian untuk mendapatkan alat ganti mesin basuh dan peti sejuk. Jika anda masihlagi tidak mempunyai peranti untuk membayar secara online, anda masih boleh mendapatkan alat ganti dari kami dengan hanya menghubungi talian berikut https://wa.me/60127141639 atau https://wa.me/60177924898 . Team marketing kami membantu anda mendapatkan alat ganti yang sesuai dengan permaslahan mesin basuh atau peti sejuk anda.Alat ganti akan kami poskan atau kami boleh hantar terus kerumah anda (hanya untuk warga Johor bahru sahaja).

 

Walau apa jua musibah yang menimpa kita pada masa kini, jadikan sebagai peringatan agar kita sama-sama bangkit semula dari kejatuhan dan sedaya upaya perbaiki diri dan kerjaya yang diusahakan.

Kredit image by Japanese Wisdom

kredit image by #JiwaMestiKuat Instagram Posts

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post