“Anda adalah apa yang anda baca”

“Anda adalah apa yang anda baca” post thumbnail image

‘Membaca Sepanjang Hayat’

Membaca… Kunci kecemerlangan & mampu mengubah corak kehidupan anda. Kini budaya membaca mengalami transformasi dari kaedah tradisional (buku, surat khabar, majalah,risalah) sebagai bahan bacaan kepada era digital.

Namun ia bukan menjadi penghalang bagi menghidupkan budaya membaca dikalangan masyarakat. 

Walaupun terdapat perubahan dari sumber bacaan, penerbitan bahan kini mula terarah dalam bentuk digital. Contohnya, akhbar kini mempunyai versi digital dan sebahagian buku juga diterbitkan secara digital. Kaedah konvensional bagi penerbitan bahan bacaan seperti buku, majalah ) masih dipraktikkan pada masa kini walaupun tidak serancak seperti dulu.

E-Book (Buku Elektronik)

… ialah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data digital seakan buku yang mengandungi maklumat dalam bentuk teks, gambar atau kedua-duanya. Terbitan ini boleh dibaca melalui paparan dari skrin komputer riba, komputer tablet dan telefon pintar. 

Kelebihan E-Book

  • memberi kemudahan kepada pembaca membawa bahan bacaan kemerata tempat tanpa beban yang berat. Contohnya E-book yang mempunyai 7MB bersamaan dengan 100 buah buku, dan ia boleh disimpan dalam bentuk CD, pendrive , hard disk/drive.
  • E-book juga mudah dicari mengunakan hyperlink, ia menjadikan E-Book sebagai kamus, buku rujukan atau buku teks.

Kelemahan E-Book

  • E-Book memerlukan perkakasan tambahan supaya dapat dibaca secara langsung, namun kos peranti elektronik ini agak mahal dipasaran.
  • risiko kegagalan untuk dimuat turun & dibaca sekiranya peranti diserang virus atau rosak.
  • E-Book boleh digodam tanpa kebenaran pemilik atau menyebabkan risiko salinan yang tidak sah dan tanpa had.

Walaupun E-Book ada kelebihan dan kelemahannya, kami Hairul Vcool mengambil cabaran ini untuk bergerak seiring dengan era digital kini. Maka terbitlah cetusan idea untuk menulis buku secara digital. 

Sama ada E-book atau buku pilihan anda, yang penting “banyak membaca luas pengetahuan”. Tidak salah jika kedua-dua medium ini digabungkan sekali di ruang membaca anda.

“Bangsa membaca bangsa berjaya”

Jangan lupa, anda boleh dapatkan buku digital kami melalui:

http://hairulvcool.com/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post