MESIN BASUH KELUAR CODE UB ATAU UE

MESIN BASUH KELUAR CODE UB ATAU UE post thumbnail image

MESIN BASUH KELUAR CODE UB/UE JENAMA SAMSUNG

Blog kalini, saya akan kongsikan mesin basuh problem bergoncang, bergegar dan Keluarkan code error UB/UE. Apa punca? Semasa spin, mesin basuh bergoncang. Untuk pengetahuan anda, kos untuk repair masalah ini sebenarnya agak mahal sebab kita perlu tukar satu set alat ganti. Tapi kalau kita nak upah orang kosnya lagi tinggi. Jadi dengan adanya pogram D.I.Y, anda boleh mengurangkan kos anda. Kalau keluar kod UE/UB, apa yang kita buat? Selalunya masalah ini berlaku semasa spin atau semasa mode rinse. Code UB/UE bermaksud Unbalance Error. Jadi apa yang perlu dilakukan adalah menukar 4 batang spring rod atau absorber yang ada pada mesin basuh kita. Saya tunjukkan contoh absorber untuk rujukan anda.

 

Kenapa keluar code UB/UE? Mesin basuh bila nak spin dan ia bergoncang ia akan langgar safety suis. Safety suis bagi signal menyatakan mesin basuh unbalance sebabtu ia keluar keluar code UB/UE. So macammana nak buat? Anda kena bukak bahagian tub mesin basuh. Macammana nak bukak? Cari dan buka setiap skru yang ada dan pastikan host water level sensor anda tidak tercabut. Untuk lebih selamat, cabut dahulu host water level sensor. Selepas itu, barulah anda membuka bahagian atas mesin basuh tersebut. Selepas itu Keluarkan keempat-empat batang absorber/spring rod dan gantikan ia, insya Allah masalah UB/UE akan selesai. Okay, jangan stop membaca entry ini. Untuk mengenalpasti samada spring rod itu rosak atau tidak, anda tekan spring itu, spring itu lembut atau sebaliknya? Sekiranya spring di batang rod itu lembut, ini bermakna spring rod itu telah rosak. Asalnya, spring di batang rod itu adalah fit (tidak lembut/keras).

Sekiranya anda mengalami masalah atau simptom yang sama saya ceritakan di atas, boleh tukarkan absorber spring rod. Insya Allah masalah akan selesai.

Susah nak dapatkan alat ganti? Hubungi team kami di 012-7141639 dan mereka akan membantu anda mendapatkan alat ganti kerana kami juga menyediakan perkhidmatan pengeposan ke seluruh Malaysia.

Semoga perkongsian ini boleh membantu menjawab persoalan masalah mesin basuh anda, serta memberi manfaat pada semua yang membaca. Selamat ber-D.I.Y

Di sini, saya kongsikan video tutorial untuk rujukan anda.

*info tambahan

Anda nak belajar face to face bersama saya? Saya juga telah mengadakan kelas belajar repair peti sejuk dan mesin basuh secara VIP. Kelas repair peti sejuk dan mesin basuh secara vip bersama Hairulvcool diadakan selama 2 hari. Di sana juga, saya telah menyediakan banyak alatan bantuan belajar demi memastikan pelajar-pelajar yang menyertai kelas VIP akan dapat merasai pengalaman sebenar dalam membaik pulih mesin basuh dan peti sejuk. Okay saya tak nak cerita panjang, anda boleh tekan gambar di bawah untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang kelas VIP bersama Hairulvcool.

 

Anda memerlukan alat ganti? Klik gambar di bawah untuk membuat pesanan dan kami akan poskan untuk anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post