MASALAH MESIN BASUH AIR MASUK TAK IKUT LEVEL

MASALAH MESIN BASUH AIR MASUK TAK IKUT LEVEL post thumbnail image

MASALAH MESIN BASUH AIR MASUK TAK IKUT LEVEL

Blog kalini, saya kongsikan dengan anda, air masuk dalam mesin basuh tapi taknak berhenti. Apa masalahnya? Bila kita on, normalnya bila kita tekan butang start; air akan masuk, betul? Sepatutnya bila kita setkan pada level low, air tu akan berhenti mengikut level paling rendah, tak kisah lah apa jenama pun janji mesin basuh automatik. Sebab program nya memang dah disetkan macam tu. Kita tekan On, mesin akan timbang. (pusing kekiri dan kekanan, tiga atau keempat kali) lepas tu air akan masuk ikut level yang kita setkan. Tetapi masalah yang saya nak kongsikan ni, kalau kita masukkan air dan setkan level pada low atau small tapi air naik jugak sampai level penuh. Apa punca air tu taknak berhenti ikut level yang kita telah tetapkan? Haa.. kalau nak tahu, inilah kegemaran technician. Kenapa saya cakap kegemaran technician? Sebab, nak selesaikan masalah ini tak susah itu yang pertama, yang kedua kosnya sangat sangat rendah, jadi pada technician, job ni untung sangat-sangatlah tinggi. So saya kongsikan sini, supaya anda boleh buat sendiri dan boleh jimatkan kos anda.

Okay sambung balik kepada masalah tadi. Bila kita letak kepada level low, mesin boleh jalan tapi kalau anda setkan mesin basuh pada high, mesin basuh taknak jalan. Jadi, apa yang patut anda buat, anda bukak cover belakang terlebih dahulu di bahagian atas (tempat air masuk) dan bahagian bawah (bahagian drum). Selepas itu, perhatikan air masuk ke dalam mesin basuh, tak berhenti sehingga melebihi paras air yang disetkan menyebabkan air mengalir semua keluar. Bila air buang mengalir keluar, ramai orang salah anggap yang drain motor rosak kerana menyebabkan air mengalir keluar buang. Dan ada juga yang menukar inlet water valve kerana menganggap inlet water valve rosak. Sebenarnya, air masuk di control oleh water level sensor. Gambar di bawah adalah water level sensor.

Jadi jika anda sedang menghadapi masalah seperti ini, air masuk taknak berhenti dan air melimpah keluar ikut laluan air buang, cuba check host water level sensor terlebih dahulu. Sekiranya host water level sensor okay, jadi penyelesaiannya ialah tukar lah water level sensor anda. Untuk mendapatkan extra guide dan tips dari saya, anda boleh dapatkan alat ganti dari team saya. Kami akan guide sehingga masalah anda selesai. Ini sahaja perkongsian saya kali ni, semoga memberi manfaat untuk anda sekaligus dapat menjimatkan kos untuk repair mesin basuh anda sendiri secara DIY.

Di bawah, saya sertakan video tutorial untuk menyelesaikan masalah topik kali ni. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post