PUNCA MESIN BASUH TAK BOLEH WASH DAN TAK BOLEH SPIN

PUNCA MESIN BASUH TAK BOLEH WASH DAN TAK BOLEH SPIN post thumbnail image

PUNCA MESIN BASUH TAK BOLEH WASH DAN TAK BOLEH SPIN.

Hai, entry kalini saya nak kongsikan simptom-simptom mesin basuh auto tak boleh wash dan tak boleh spin. Ada beberapa kemungkinan kerosakan dan mungkin dengan D.I.Y boleh jimatkan duit anda. Sebelum itu, sekiranya anda nak tengok lebih banyak video tutorial D.I.Y repair mesin basuh dan peti sejuk, anda boleh layari laman web www.hairulvcool.com.

Ok baiklah, apa simptomnya? Mungkin dengan perkongsian ini dapat membantu anda dari membeli alat ganti yang salah. Bila kita On mesin basuh dan tekan start, mesin basuh bergerak tapi tak berapa kuat atau pusingannya slow dan kadang-kadang taknak pusing terus. Lepastu, air boleh masuk, so takde masalah kat sistem air. Kita try pulak untuk membasuh. Haa, simptom seterusnya mesin basuh tak pusing dengan kuat. Mesin basuh slow je tak pusing kuat. Silap haribulan orang akan rasa gearbox yang rosak sebab mesin basuh gerak slow je. Tapi sebenarnya masalah ini melibatkan kapasitor sahaja. Rujuk gambar di bawah.

Kapasitor mesin basuh terletak di bahagian belakang mesin basuh (di sebelah tepi atau di bahagian bawah tepi). Contoh kapasitor yang rosak ialah tiada bacaan, short circuit atau bengkak. Macamana kita nak check kapasitor rosak? Kita perlukan kapasitor tester. Gambar di bawah ialah kapasitor tester.

Dengan kapasitor tester, sekiranya tiada apa-apa bacaan pada kapasitor tester, itu bermaksud sudah rosak. Bagaimana cara nak tukar kapasitor? Anda perlu tengok berapa UF kapasitor anda yang asal atau anda boleh ambil gambar capasitor dan whatsApp kami untuk dapatkan alat ganti dari kami dan kelebihan membeli alat ganti dari kami: kami akan bantu dan guide anda cara pemasangan kapasitor sehingga masalah anda selesai.

Semoga perkongsian saya kali ini bermanfaat untuk anda semua. Dan saya sertakan sekali video tutorial simptom-simptom mesin basuh tak boleh wash dan tak boleh spin. Selamat ber-DIY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post