SALAH SATU PUNCA BIL ELEKTRIK MELAMBUNG

SALAH SATU PUNCA BIL ELEKTRIK MELAMBUNG post thumbnail image

SALAH SATU PUNCA BIL ELEKTRIK MELAMBUNG? 

Saya akan kongsikan salah satu punca peti ais tak sejuk iaitu disebabkan getah pintu. Getah yang saya maksudkan adalah getah yang terdapat di pintu peti sejuk. Setengah orang panggil door gasket atau magnet dan pelbagai lagi nama tetapi fungsinya sama sahaja dan sangat-sangat penting dan ramai orang abaikan getah pintu yang koyak, getah pintu pecah yang akan menyebabkan peti sejuk tak sejuk.

90% orang boleh D.I.Y, boleh dilakukan sendiri cara-cara menukar getah pintu peti sejuk malah getah pintu peti sejuk boleh ditukar semudah 1,2,3. Untuk pengetahuan semua, kami ada menjual getah pintu. Bagaimana untuk dapatkan getah pintu? Anda perlu whatsApp kami gambar peti sejuk dan nombor model peti sejuk (whatsApp admin 012-7141639)

Jadi, getah peti pintu sejuk adalah salah satu kompenan yang perlu dititikberatkan. Kenapa saya cakap begitu? Kerana, jika getah pintu peti sejuk yang rosak tidak ditukar, ia akan menyebabkan masalah lain pula timbul. Salah satunya adalah, ia mungkin akan menyebabkan kompressor rosak, fan motor rosak dll dan pastinya akan menyebabkan kos menjadi lebih tinggi.

Jom saya kongsikan kepada anda, kenapa getah pintu boleh menyebabkan terjadinya masalah yang lebih besar atau lebih berat. Okay, baik saya cerita sedikit, harap penceritaan saya dapat membantu anda berfikir dengan lebih logik. Okay anda bayangkan ye, getah pintu ini fungsinya adalah untuk memerangkap udara sejuk yang ada di dalam peti sejuk daripada terkeluar. So, bila getah pintu ni dah pecah, dah bocor dah koyak. So, anda dapat bayangkan macammana udara peti sejuk nak terkumpul dalam peti sejuk. Jadi tak mungkin udara sejuk ni akan terkumpul, kan? “Kumpul & keluar, kumpul & keluar”. Dapat tak bayangkan kompressor di bahagian belakang ni akan bekerja jadi lebih banyak. Sepatutnya bila kompressor dipam dan ia hidup, sejukkan cooling coil dan sampai satu tahap kompressor akan berhenti sebab peti sudah cukup sejuk. Tapi bila getah pintu bocor atau koyak secara automatiknya suhu tak sampai tahapnya dan thermostat tak dapat nak cut, itu akan membuatkan kompressor ‘jalan’ sahaja. Kita boleh nampak kesan yang pertama iaitu bil elektrik melambung disebabkan motor kompressor yang sentiasa hidup; selagi suhu kat dalam peti sejuk tak sampai tahapnya,selagi itulah motor kompressor akan hidup. So, bayangkan kalau 24jam motor kompressor tu hidup? Sudah pastinya bil elektrik akan melambung. Kesan kedua, sudah pasti kalau motor kompressor rosak, kita terpaksa menghabiskan duit 400-500 untuk repair. Daripada anda nak bayar 400-500, balik lepas ni mana yang kat rumah ada bil elektrik melambung, tengok kalau-kalau getah pintu sejuk dah pecah atau koyak. Kalau ya, saya cadangkan tukar getah terlebih dahulu sebelum peti sejuk anda rosak atau bertambah parah. Logik tak? Haa. Anda sudah faham, bukan?

Ada lebih 10 punca peti sejuk tak sejuk. So, kalau anda nak belajar lebih mendalam repair Peti Sejuk dan Mesin Basuh anda boleh join kelas VIP 2hari saya. Anda boleh layari www.hairulvcool.com dan pergi ke bahagian kelas serta buat pendaftaran di situ. So, inilah sahaja perkongsian saya pada entry kali ni, semoga anda dapat manfaat dari apa yang saya kongsikan. Terima kasih.

Di sini saya sertakan video bagi memudahkan kefahaman tentang pintu getah peti sejuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post