CARA TESTING MOTOR MESIN BASUH ROSAK ATAU TIDAK

CARA TESTING MOTOR MESIN BASUH ROSAK ATAU TIDAK post thumbnail image

CARA TESTING MOTOR MESIN BASUH ROSAK ATAU TIDAK 

Pada blog kalini, saya kongsikan bagaimana untuk testing atau mengesahkan motor mesin basuh masih lagi okay (masih boleh digunakan) ataupun tidak (tidak boleh digunakan lagi)

So, ramai orang menukar barang yang salah tanpa menguji terlebih dahulu. Dalam entry kalini ada 2 jenis motor yang saya akan sharekan; motor mesin basuh manual dan motor mesin basuh auto. Kenapa kita perlu checkkan kerosakannya terlebih dahulu? Ini adalah disebabkan motor mesin basuh adalah part-part yang saya kategorikan selalu rosak tapi harganya kasar sedikit, so kita taknak orang tukar barang yang salah.

So, untuk testing motor mesin basuh sebenarnya mempunyai formula tersendiri. formulanya ialah tidak lah begitu “secret” kerana kebiasaannya formula untuk check motor mesin basuh akan dikongsikan di dalam kelas VIP saya, dan harini saya kongsikan dengan anda semua secara pecuma. Untuk pengetahuan anda, motor spin banyak jenis, tapi jangan risau, kerana formula sama sahaja.

So, untuk testing kita memerlukan power supply, tetapi isunya macammana kita masukkan power supply ke wayar motor, sebab wayar motor ada 3 wayar, manakala power supply cuma ada 2 wayar sahaja. Kalau salah pasang silap haribulan boleh meletup.

Baiklah, untuk testing motor mesin basuh, kita perlu ada 1 formula. Formula ini, bukanlah ctaan saya, tapi formula ini diguna-pakai di mana-mana pusat latihan. Jadi, bagi sesiapa yang belajar kemahiran akan tahu tentang formula tetapi tidak ramai yang boleh kongsikan sepertimana yang saya kongsikan. Formula ini saya namakan 3 titik. Bagaimanakah rupa bentuk 3 titik tersebut saya lampirkan gambar di bawah: 

Formula 3 titlk mewakili 3 wayar yang terdapat di wayar motor mesin basuh seperti contoh (wayar berwarna putih, merah dan htam) sekiranya wayar motor mesin basuh anda tidak sama dengan contoh yang saya nyatakan, anda tidak perlu risau, hal ini kerana terdapat pelbagai warna wayar dijual di pasaran. Berbalik kepada formula 3 titik tadi, apa yang perlu kita lakukan;

Labelkan setiap titik tersebut dengan warna wayar pada motor mesin basuh anda. Seperti contoh dibawah.

Sekiranya sudah labelkan ketiga-tiga wayar motor mesin basuh, anda perlu baca bacaan motor sebelum menguji motor mesin basuh tersebut. Bagaimana nak membaca bacaan tersebut Anda memerlukan multimeter, seperti gambar di bawah;

 

  1. Setkan multimeter kepada ohm. Negatif (-)/ positif (+) tiada masalah. Maksudnya nak pakai terbalik pun tiada masalah.
  2. Anda perlu letakkan test prod (+) di wayar merah manakala test prod (-) di wayar putih (tidak ada masalah jika di letakkan terbalik). Anda akan dapat bacaan 240 ohm (diantara wayar putih dan merah) anda perlu catatatkan bacaan tersebut.
  3. Seterusnya, bacaan untuk wayar hitam dan merah, prosesnya sama sahaja seperti bacaan wayar putih dan merah tadi. Bacaan untuk wayar hitam dan merah ialah 98 ohm.
  4. Seterusnya bacaan untuk wayar hitam dan putih pula proses tetap sama Cuma perlu tukar wayar sahaja. Jadi bacaan diantara wayar hitam dan putih 143 ohm. Jadi kita telah dapat bacaan seperti ini:
    1. merah + putih = 240 ohm
    2. hitam + merah=98 ohm
    3. hitam + putih=143 ohm

So, setelah dapat kenalpasti setiap bacaan wayar seperti contoh di bawah,

Formulanya sangat mudah, bacaan yang paling besar (240 ohm) adalah bertentangan hitam. Maksudnya hitam adalah wayar LIFE. Jadi, power supply kita ada wayar life dan neutral. Kita masukkan wayar hitam ke wayar life (power supply/kepala plug). Seterusnya, bacaan paling rendah (98 ohm) dan bertentangan dengannya ialah wayar berwarna merah. Jadi, wayar merah adalah neutral dan masukkan wayar merah ke wayar neutral (power supply / kepala plug).

  • Tips: tidak semestinya wayar bewarna merah bersifat neutral atau wayar hitam bersifat life yang penting bacaan mestilah tepat. Kerana sekiranya anda salah pasang motor mesin basuh yang baru akan mengalami kerosakan.

So, kita dah dapat wayar life dan neutral. Wayar putih untuk apa pulak? Okay jom, anda tak boleh skip baca blog saya ni, nanti terlepas info penting. Hee. Okay, wayar putih pula ialah untuk kapasitor (sekali lagi diingatkan tidak semestinya setiap wayar putih yang anda nampak di motor mesin anda itu ialah kapasitor anda perlu mengenal pasti dulu bacaan (ohm) disetiap wayar terlebih dahulu) jadi anda perlu letakkan wayar putih di kapasitor mesin basuh dan sambungkan ke neutral bersama dengan wayar merah. Setelah siap semua wayar disambungkan, anda perlu pasang power supply (kepala plug) di soket. Anda perlu perhatikan Sub pada motor mesin basuh. Sekiranya, Sub pada motor mesin basuh berpusing itu bermaksud motor mesin basuh berkeadaan baik. Jika sub tidak berpusing, itu bermaksud motor mesin basuh dalam keadaan yang sudah rosak. Jadi anda boleh tukar atau beli motor mesin basuh yang baru. Haa beginilah caranya untuk check motor mesin basuh. Kenapa saya kongsikan cara untuk testing motor mesin basuh? Sebab saya dapati ramai orang membuat kesilapan bila mesin basuh tak boleh membasuh atau mesin basuh tak boleh mengering ramai orang akan menukar motor mesin basuh. Sebelum anda menukar, anda tak tahu nak testing, lepastu anda pasang tapi tak hidup juga. Rupanya bila pasang, tak menjadi adalah berpunca dari salah tukar barang. Oleh itu, anda perlu terlebih dahulu check motor mesin basuh sebelum membeli untuk mengelakkan pembaziran. Jadi, itu sahaja perkongsian dari saya. Saya harap, perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Terima kasih dan selamat mencuba.

Di sini, saya kongsikan juga video tutorial untuk check motor mesin basuh menggunakan formula yang saya kongsikan di atas

               

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post

KENALI SAYAKENALI SAYA

Hairul Vcool  Bermula sebagai tenaga pengajar di Pusat Giat Mara dalam bidang Penyahbekuan & Penyaman Udara, saya mengambil keputusan untuk berhenti dan menceburi dunia perniagaan. Permulaan perniagaan saya menyediakan perkhidmatan