GLASS HEATER HIGH GRED VS LOW GRED

GLASS HEATER HIGH GRED VS LOW GRED post thumbnail image

“Masalah peti sejuk atas sejuk bawah tak sejuk”. Di sini saya terangkan, untuk masalah ini, salah satu barang yang perlu anda tukar adalah glass heater. Terdapat banyak gred dan kualiti yang ada di pasaran sekarang. Oleh itu, anda perlu berhati-hati dalam membuat pilihan membeli alat ganti.

Ada 2 jenis glass heater di pasaran iaitu high quality (Gred A) dan Low Quality (Gred D). Macam mana nak kenal pasti dan mencari perbezaannya?

  • Kualiti yang baik biasanya boleh dilihat melalui perbezaan saiz cable. Untuk high quality, biasanya cable lebih tebal dan solid putih (tidak transparent).
  • Kualiti heater yang low dan tidak terlalu baik pula cable yang digunakan agak nipis dan transparent (kualiti lowyar)

 

Anda boleh menguji rintangan ohm pada heater yang anda beli. Heater yang berkualiti nilai ohmnya akan lebih tinggi sedikit berbanding yang kurang berkualiti.

 

Di sini saya jelaskan kenapa kita perlu menukar heater yang berkualiti dan apa fungsi heater itu sendiri. Fungsi glass heater adalah untuk mencairkan frost/ais secara automatik. Jika anda menggunakan heater yang tidak berkualiti, frost/ais akan lambat mencair dan kemungkinan besar masalah yang anda hadapi tidak akan selesai selepas heater yang baru tersebut ditukar.

Selain itu, kesan daripada memilih heater yang kurang kualiti itu, anda akan mengeluarkan lebih banyak kos untuk membuat ‘DIY’. Masalah yang sama juga akan berulang selepas seminggu menukar barang yang bergred rendah.

Oleh itu, anda perlulah membuat pilihan yang bijak sebelum membeli dan menukar alat ganti yang berkualiti. Pilihan bijak ditangan anda sendiri.

Selamat berjimat!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post

KENALI SAYAKENALI SAYA

Hairul Vcool  Bermula sebagai tenaga pengajar di Pusat Giat Mara dalam bidang Penyahbekuan & Penyaman Udara, saya mengambil keputusan untuk berhenti dan menceburi dunia perniagaan. Permulaan perniagaan saya menyediakan perkhidmatan