Sensor LG 3 Wayar (3 Wire)

Sensor LG 3 Wayar (3 Wire) post thumbnail image

ORIGINAL VS GRED-COPY ORI (Mahal vs Murah)

Dalam entry kali ni, saya nak share dan terangkan perbezaan sensor LG 3 wayar yang ‘original’ dan ‘fake copy ori’. Exactly nampak sama, tiada perbezaan. Tapi kualiti adalah berbeza sama sekali.

Ini adalah gambar asal sensor 3 wayar. Nampak sama, bukan? Lagilah kalau beli dari online shopping, memang tak dapat tengok betul-betul mana satu yang korang akan dapat. Tahu-tahu je dah sampai, baru lah boleh tengok dapat jenis yang mana. Kalau bernasib baik, dapatlah yang ‘original’. Tapi kalau dapat yang -fake- copy ori, maknanya nasib korang tak berapa baiklah, hahahaha

Saya potong siap-siap ah 2 sensor ni supaya kamu nampak lebih jelas perbezaan sensor-sensor ni. Pada sensor ‘original’, akan tertulis ‘JAPAN’ manakala yang ‘Fake-copy ori’ ditulis ‘LINGTONG’. Harga ‘original’ semestinya mahal berbanding ‘Fake-copy ori’ (yang jauh lebih murah); kerana yang original adalah berkualiti dan boleh pakai lama (tahan lama).

Gambar kat bawah ini ialah sensor yang saya dah potong untuk tunjukkan perbezaan kedua-dua  kabel. Kabel sensor ‘original’ adalah lebih tebal dan tak mudah patah berbanding kabel ‘fake-copy ori’ yang nipis dan mudah untuk patah. Memanglah customer lebih prefer dan suka nak cari yang murah. Tapi sparepart murah (fake) tu sebenarnya tak berkualiti dan tak tahan lama. Confirm seminggu dua je peti sejuk akan elok, lepastu masalah akan rosak balik.

So, janganlah dengan mudah nak complain dan terus claim seller A jual harga cekik darah berbanding Seller B yang boleh jual harga yang murah. Kena check dulu, barang apa yang korang bakal dapat. Perbezaan harga RM10-RM20 untuk barang A dan B, adakah berkualiti barang adalah sama? Korang belajar daripada perkongsian ini dan kemudian korang nilaikan sendiri. Diharap info kali ini bermanfaat dan boleh memberikan satu ilmu yang baru supaya ia akan menjadi guideline anda pada masa akan datang.

Jika anda ingin mendapatkan alat ganti mesin basuh dan peti sejuk yang terjamin kualitinya, and boleh dapatkan di laman web www.hairulvcool.com di bahagian alat ganti.

-Hairul Vcool-

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post

KENALI SAYAKENALI SAYA

Hairul Vcool  Bermula sebagai tenaga pengajar di Pusat Giat Mara dalam bidang Penyahbekuan & Penyaman Udara, saya mengambil keputusan untuk berhenti dan menceburi dunia perniagaan. Permulaan perniagaan saya menyediakan perkhidmatan