KENALI SAYA

KENALI SAYA post thumbnail image

Hairul Vcool 

Bermula sebagai tenaga pengajar di Pusat Giat Mara dalam bidang Penyahbekuan & Penyaman Udara, saya mengambil keputusan untuk berhenti dan menceburi dunia perniagaan. Permulaan perniagaan saya menyediakan perkhidmatan  service membaik pulih aircond, mesin basuh, peti sejuk dan wiring.

Seiring dengan peredaran masa , saya mula mengkhususkan perniagaan dengan hanya membaik pulih mesin basuh & peti sejuk sahaja. Kini saya mengembangkan sayap perniagaan ke arah perniagaan atas talian yang mana saya menjual alat ganti bagi peti sejuk, mesin basuh serta getah pintu peti sejuk.

https://hairulvcool.com/

Setelah lebih 10 tahun dalam bidang ini, banyak maklum balas serta keluhan pelanggan yang akhirnya mencetuskan idea bagi saya membuat satu panduan khas dalam bentuk video tutorial. Sehingga kini saya telah menyediakan lebih 380 video untuk dikongsikan secara PERCUMA untuk anda. Sila layari Youtube channel & jangan lupa SUBCRIBE ye!

 

*info tambahan

Anda nak belajar face to face bersama saya? Saya juga telah mengadakan kelas belajar repair peti sejuk dan mesin basuh secara VIP. Kelas repair peti sejuk dan mesin basuh secara vip bersama Hairulvcool diadakan selama 2 hari. Di sana juga, saya telah menyediakan banyak alatan bantuan belajar demi memastikan pelajar-pelajar yang menyertai kelas VIP akan dapat merasai pengalaman sebenar dalam membaik pulih mesin basuh dan peti sejuk. Okay saya tak nak cerita panjang, anda boleh tekan gambar di bawah untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang kelas VIP bersama Hairulvcool.

Anda memerlukan alat ganti? Klik gambar dibawah untuk membuat pesanan dan kami akan poskan untuk anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post